Ameng Dihukum Sebat Dalam Penjara, Sakit Macam Nak Mati, Dua Minggu Tak Dapat Buang Air Besar

Banyak pengajaran yang diterima selama lima tahun meringkuk di dalam penjara akibat terjebak dalam kancah najis dadah, ternyata memberi keinsafan yang mendalam kepada Ameng, vokalis kumpulan Spring.

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail telah sudi berkongsi detik hitam dalam hidupnya itu sebagai pengajaran kepada kita semua bagaimana dia melalui hukuman sebat rotan secara serentak sebanyak sepuluh kali ketika berada di Penjara Kluang, Johor yang pastinya menjadi sejrah hitam bagi dirinya dan pastinya tak akan dapat dilupakan olehnya sampai bila-bila.
“Apa yang paling tidak boleh dilupakan apabila saya menerima hukuman sebatan 10 rotan yang dijalankan secara serentak.
“Kesakitan yang ditanggung tidak dapat dibayangkan dan terasa seperti hendak mati.
“Saya tidak boleh baring, memakai seluar dan buang air besar hampir lebih dua minggu kerana terlalu sakit dan perit. Malah, saya hanya sembuh selepas sebulan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Ameng yang terkenal dengan lagu Bourgenvilla ini juga mengaku semasa tahun pertama berada di penjara terasa amat perit sekali sehingga dia banyak menghabiskan masanya dengan menangis.


“Setahun lebih saya mengalami kemurungan dan tidak berdaya tersenyum. Saya menangis setiap masa, masa mandi menangis, makan menangis, sembahyang menangis, hendak tidur pun menangis.
“Saya berasa sangat kosong dan tidak berguna. Saya rasa seperti jiwa badan ini mati ketika berada dalam sel penjara,” katanya sesal.

Menurut beliau, selepas ini dia berrtekad agar semua persembahan nyanyiannya akan dihadiri keluarganya supaya dia tidak membuat kesilapan yang sama serta dia tidak akan sama sekali menerima sebarang tawaran untuk menyanyi sekiranya berlangsung di kelab malam atau premis yang menjual arak.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted