KANTOI!! Sepasang Kekasih Curi Motor Di Kafe UITM Shah Alam ketika Waktu Berbuka Puasa Berjaya Diberkas


SHAH ALAM - Kelicikan sepasang kekasih yang mencuri motosikal ketika waktu berbuka puasa tumpas apabila mereka ditahan sepasukan polis bantuan Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu, suspek yang merupakan sepasang kekasih masing-masing berumur lewat 30-an dan awal 20-an ditahan ketika sedang mencari sasarannya.
Ketua Polis Bantuan UiTM, Superintenden Badarudin Mohd. Dom berkata, suspek berjaya dikesan oleh seorang anggotnya yang sedang membuat intipan kes kecurian motosikal di kawasan universiti itu.
"Sejak seminggu lalu, sebanyak empat buah motosikal jenis Yamaha 125 Z telah hilang di kawasan UiTM dan sehubungan itu kita kerap membuat rondaan dan intipan bagi mengesan pencuri tersebut.
"Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), kita berjaya mengenal pasti suspek dan anggota yang membuat intipan semalam telah mengecam seorang daripadanya.
"Suspek ketika itu bersama teman wanitanya sedang mencari motosikal yang mahu dicurinya tetapi sebaik menyedari kegiatannya dikesan dia bertindak melarikan diri menggunakan motosikal.
"Namun, anggota tersebut bertindak pantas telah menghubungi anggota polis bantuan di pintu masuk untuk menutup pintu dan suspek yang cuba melanggar pintu pagar telah terjatuh sebelum ditahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Badarudin memberitahu, modus operandi suspek ialah berpura-pura ingin berbuka puasa di kafe UiTM sebelum bertindak mencuri dan melarikan motosikal. - K! ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_19.htm#ixzz4BvogE0i8 
Hakcipta terpelihara 

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted