Peniaga Ditangkap Kerana Dakwa Jual Daging Lembu Tapi Sebenarnya Daging Babi


Tiga penjual daging di Kota Besar, Surabaya telah ditangkap oleh pihak polis Surabaya kerana menipu pembeli.
Peniaga tersebut  berusia antara 34 dan 61 tahun dituduh menjual daging babi yang mereka dakwa daging lembu.
Dua daripada mereka ditahan ketika berniaga di pasar Mangga Dua Wonokromo, sementara seorang lagi di Pasar Lakarsantri.
Jurucakap polis Surabaya, Shito Silitonga berkata, ketiga-tiga peniaga itu memberitahu pembeli bahawa daging yang mereka jual itu daging lembu kurang berkualiti, sedangkan ia sebenarnya daging babi.
Harga yang ditawarkan juga lebih murah berbanding harga daging lembu yang dijual di kawasan sekitar.
hmetro

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted