Cuti Peristiwa Hari Raya Aidil Fitri Terpakai Untuk Semua Institusi, PPD dan JPN - KPM
KUALA LUMPUR 4 Julai - Cuti peristiwa Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan kerajaan negeri turut dianggap sebagai cuti bagi semua institusi dan Pejabat Pendidikan Negeri (PPN) di negeri berkenaan, kata Kementerian Pendidikan.
"Sehubungan itu, peruntukan kemudahan cuti ini terpakai bagi pengisytiharan cuti peristiwa Hari Raya Aidilfitri pada Ahad (10 Julai) yang diumumkan sehingga kini oleh Kerajaan Negeri Johor, Terengganu dan Kedah," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Menurut kementerian itu, cuti peristiwa yang diberikan itu tidak perlu diganti. Katanya, peruntukan kemudahan cuti peristiwa ini juga terpakai bagi semua institusi dan PPN Kelantan sekiranya ada pengisytiharan oleh kerajaan negeri selepas ini. - BERNAMA
Post a Comment