Mira Filzah Bukan Main Puji Melambong Zizan Razak. Baru dia Tahu Siapa Zizan Sebenarnya


Setelah digandingkan bersama sebagai pengacara ABPBH 29, Mira Filzah kini dilihat semakin rapat dengan pelakon Zizan Razak yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah. 

Hubungan istimewa antara mereka berdua memang pernah hangat diperkatakan .

Setelah berkawan selama beberapa bulan, baru Mira sedari bahawa perangai sebenar Zizan. Bagi Mira, dia  bukanlah seorang playboy atau lelaki buaya darat seperti yang sering diperkatakan orang. 

Bagi Mira, Zizan adalah seorang lelaki yang gentleman dan amat fokus dengan kerjayanya. 




Nampaknya pelakon wanita tersebut memang berasa cukup selesa bila berkawan dengan Zizan. 

Apa lagi menurutnya, Zizan adalah seorang yang suka membantu dan mengambil berat tentang orang lain. . 


 Tidak kenal maka tidak cinta. Selepas kami rapat, persepsi saya terhadap Zizan berubah 100 peratus.  Dia tidak seperti yang digambarkan. Setakat ini saya selesa berkawan rapat dengan Zizan.  Bekerja dengannya pun satu pengalaman yang menyeronokkan.
Kami sudah seperti adik beradik. Saya senang dengan Zizan kerana perangainya yang gila-gila dan sentiasa menceriakan suasana. Sebagai teman, Zizan seorang yang mengambil berat dan suka membantu. Dia bersungguh-sungguh, banyak memberi idea dan tidak kedekut ilmu. Langsung tiada perangai diva. 

Amboi-amboi..melambung-lambung betul pujian Mira Filzah buat Zizan Razak.. Eloklah tu Zizan pun baru balik dari  Mekah.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted