Penyerang ISIS Sembelih Paderi Di Dalam Gereja Perancis


Presiden Francois Hollande telah mengisytiharkan "Perang" terhadap ISIS selepas dua penyerang bersenjatakan pisau Islam menyembelih seorang paderi Perancis dan mencederakan seorang rahib wanita sebelum kedua-dua penyerang tersebut ditembak mati oleh polis di Normandy. 

Salah seorang daripada penyerang berkenaan menyerbu masuk ke dalam gereja di Saint-Etienne-du-Rouvray di Rouen. 

Paderi berusia 84 tahun, yang dikenali sebagai Jacques Hamel, telah dikelar lehernya manakala seorang biarawati kini dalam keadaan kritikal di hospital dalam serangan tersebut . 

Penyerang juga telah menjadikan lima orang sebagai tebusan. Saksi berkata penyerang ISIS tersebut menjerit 'Allahu Akbar'. Pihak berkuasa Perancis berkata mereka telah menahan suspek lelaki ketiga yang disyaki terlibat dengan serangan itu. Presiden Perancis Hollande telah mengisytiharkan 'perang' dengan ISIS yang telahpun bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu. 

Gereja tersebut adalah salah satu daripada beberapa gereja-gereja Katolik yang menjadi sasaran pihak pengganas berdasarkan senarai yang ditemui dari pelampau ISIS pelampau yangditangkap pada April lalu. 

Terdapat juga laporan bahawa salah seorang daripada penyerang adalah merupakan penduduk tempatan yang berada di bawah pengawasan tag elektronik dan telah dihukum penjara di Perancis kerana cuba untuk pergi ke Syria pada tahun 2015.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted