Semalam telah viral gambar beberapa gambar Sultan Ibrahim memandu kereta Rolls Royce miliknya untuk ke bazar Ramadhan yang menggunakan nombor plat F1.
Pada hari ini di Istana Pasir Pelangi, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah berkenan untuk memasang nombor plat kenderaan F1 pada sebuah Proton Perdana 2.0 yang berharga RM130K warna merah milik baginda.
Setelah itu, baginda memandu kereta tersebut ke Istana Bukit Serene dengan ditemani oleh Ahli Lembaga Pengarah Proton Holdings Bhd, Datuk Zainuddin Che Din dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Fuad Kenali.
Nombor plat kenderaan F1 adalah siri nombor pendaftaran baru bagi Putrajaya yang telah dimenangi oleh baginda dalam bidaan nombor plat tersebut dengan nilai RM836,660.
Sumber: BH Online
';
(function() {
var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true;
dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js';
(document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq);
})();
Post a Comment