Lelaki Terkejut Dengar Suara Hantu Ketika Menyanyi Smule di Simpang Kubur Chaah Segamat


Menyeramkan dan mengerikan itulah yang di alami oleh seorang pengguna aplikasi smule yang tidak percaya dengan hantu mendakwa dirinya terakam suara hantu menyanyi dalam aplikasi tersebut.
Kejadian ini di kongsi oleh Encik Hairul yang sebelum ini mengatakan dirinya kurang percaya dengan hantu, namun apabila kejadian yang baru menimpanya dia merasakan ada sesuatu yang lain.

Selama ini aku kurang percaya dengan hantu apa semua, aku tak percaya pada jin dan syaitan wujud sebab aku tak pernah nampak, tapi malam tadi terjadi pada diriku sendiri, aku tak tau sama ada ilusi aku sendiri atupun sesuatu yang lain.
Aku ondway balik dari Kluang ke Segamat seperti biasa, aku tak kan buka radio sebab aku suka layan Smule, buat peneman lah orang cakap.

Layan punya layan aku tergerak hati nak buat video, tapi menghadap ke jalan. Aku memilih lagu Sudahku Tahu Dari projector band, aku tekan solo sebab nak nyanyi sorang-sorang.

Sebelum aku nak nyanyi, macam biasa la mesti check chek dulu sound dia tak ok ke kan, sebab ada banyak pilihan so aku dah check sound dia ok, aku tekan la restart song.

Nak di jadi kan cerita, aku lalu saja kawasan itu, aku dah rasa lain macam tapi aku buat tak tahu sajalah sebab dah biasa lalu, aku start saja nak nyanyi, aku rasa macam suara aku berdouble macam ada backup singer pula padahal aku nyanyi solo.

Dah check sound semua OK sebelum nak mula nyanyi aku tergerak hati nak senyap kejap, alangkah terkejut nya aku ada suara orang nyanyi dalam itu. Nak join Aku nyanyi….

Aku terpandang kelibat dekat cermin belakang aku macam ada something aku terus cabut earphone sepantas kilat .

Selepas Aku cabut earphone,Aku campak phone aku ke bawah Aku turunkan tingkap kiri dan kanan. Aku membongkokkan badan dan parking dagu aku baiyek punya dekat atas stering kereta supaya aku tak gatal nak lihat cermin sisi dan belakang aku focus saja pandang depan.

Aku isktifar, aku baca ayat apa yang patut yang terlintas dekat kepala otak aku ini, semasa aku melaungkan azan aku dapat merasakan ada orang membelai di belakang badanku seperti mencuit-cuit.

Aku jadi makin gerun tapi aku cuba melaungkan azan, 1 kereta pun tak ada dekat kawasan itu, aku pecut cari lampu kereta.

Selepas aku habis laungkan azan tiada lagi yang membelai di belakang badanku, Trafiq light balai polis labis pun bertukar merah,Aku berhentikan kereta.

Aku lihat semula phone aku tertera perkataan FINISH, memandangkan lagu itu dah habis jadi aku malas nak dengar semula. Aku tekan continue and save dekat rumah baru dengar.


Inilah pengalaman aku yang aku dapat dari aplikasi Smule, maybe ilusi, maybe kebetulan atupun ada problem pada aplikasi itu sendiri.

Tapi kalau Korang pergi dekat aku punya profile Smule tu, korang tengok Aku nyanyi solo lagu ini, kalau korang tekan SING dekat atas kanan itu, korang pilih SOLO, korang tengok ada tak suara macam apa yang aku dengar?

Aku saja nak kongsikan pengalaman aku, aku tak suruh Korang percaya ke tak,tapi itu lah yang aku hadapi Selama 3 minit.

Badan Aku kaku kaki hanya pijak paddle minyak, fikiran seperti diganggu, jika korang hadapi macam aku, apa yang korang perlu buat????

Maybe salah aku juga..sebab memekak dalam kereta bila lalu tempat sunyi, hutan ini dah terkena, kira pengajaran bagi aku lah.

Lepas ini tak nyanyi time malam, nyanyi time pagi saja, bukan pagi buta, dulu sanggup stay dalam kereta smpai 3 pagi padahal dah sampai rumah.




sumber: wartawan-jalanan

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted