Nak tunggu orang datang hospital berdarah-darah macam nak mati baru luluskan GL kot!
Ramai rakyat Malaysia yang mengambil insurans perubatan bagi membantu dari segi pembiayaan kos perubatan seandainya terkena penyakit serius pada satu hari nanti. Namun begitu, sebenarnya , tuntutan insurans perubatan tidaklah mudah seperti yang disangkakan sebgaimana dialami oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Azrul.
Beliau telah berkongsi pengalaman pahit ketika cuba menuntut liabiliti umum (GL) dari sebuah syarikat takaful untuk membiayai perubatan anaknya yang mengalami demam dan telah dimasukkan ke wad sebuah hospital.
Saya nak viralkan rasa tertipunya saya dengan polisi syarikat insurans PrudentialB** —FULL ini..
Harap leh jadikan iktibar untuk rakan-rakan yang nak ambil polisi syarikat ini di masa akan datang..
Kisahnya macam ini:-
12/8/2016- pukul 9.00 malam
malam itu si abang demam and selepas bincang dengan isteri decide bawa pergi klinik biasa di Sunway. Kemudian balik rumah makan ubat macam biasa.
13/8/2016 – 9.00 malam
abang masih di bawah ubatan klinik, tapi demam si abang tak kebah-kebah. Jadi saya bincang dengan isteri, kemudian kami putuskan bawa ke hospital Assunta PJ sebab mata abang dah merah menyala. Badan panas gila. Kemudian selepas itu drama sinetron pun bermula… Hospital beritahu pihak insurans akan beri respon pagi esoknya (14/8) jadi saya perlu membayar RM 200 sebagai deposit. Okay, saya bayar sajalah.
Pagi berikutnya (14/8) jururawat datang bilik beritahu insurans menolak untuk mengeluarkan surat liabiliti umum (GL) sebab kes abang katanya dirawat sebagai kes pesakit luar.
Apa pun, kemaskini terbaru doktor cakap abang kena INFLUENZA-B (spesis selsema bejangkit dan agak bahaya jugalah). Bahaya ke tak bahaya, si abang demam dan tak elok-elok lagi.
Apa pun saya kena teruskan rawatan walaupun insurans tak luluskan untuk liabiliti umum.
14/8/2016-
Ejen insurans telefon dan datang hospital namanya En. Wan. (tak dikenali sebab ejen yang dikenali dah tak lagi aktif) datang hospital melawat dan bincang isu ejen yang dah tak aktif itu dan ingin ambil alih polisi kami itu di bawah beliau. Beritahu yang justifikasi doktor (demam virus) tak kuat.
Kena hantar semula hantar GL lain. Doktor kena beri justifikasi yang kukuh, bla bla bla. Dan kalau tak boleh tuntut insurans pun, hanya bayar tunai dan kemudian boleh buat tuntutan. Kemudian, saya rujuk semula doktor dan jururawat..
Doktor cakap akan letakkan INFLUENZA-B untuk kes abang. Harap insurans boleh payung. Legalah sedikit saya dengar.
15/8/2016 –
Percubaan kedua mohon GL masih tak lepas. Abang pun alhamdulilah dah nampak sihat dan tak payahlah nak pening-pening dengan insurans gila itu. Jadi saya bincang dengan doktor minta abang dikeluarkan dari wad.
Lepas bayar bil semua kami pun balik. Insurans telefon pukul 1.30 petang beritahu yang mereka tolak permohonan GL atas sebab blab bla bla (sama macam di atas).
Dan yang paling teruk tak boleh buat tuntutan sebab sakit jatuh kategori pesakit luar. Naik darahlah aku. Sia-sia sajalah kau makan maki aku setengah jam.
Saya tanya insurans apa jenis justifikasi yang diperlukan untuk jenis demam yang kritikal perlu dimasukkan ke wad atau tak. Dah sampai tahap doktor tahan wad pun takkan tak kritikal lagi. Bukan aku suka-suka nak tidur hospital kot.
Masa bayar bulan-bulan cantik tak ada masalah. Ejen pun entah ke mana.. Masa sakit kau ingat aku dan orang lain boleh pilih ke sakit apa yang nak datang! Nak tunggu orang datang hospital berdarah-darah macam nak mati baru luluskan GL kot!
Lahanat punya insurans! Perlindungan penuh kepala bana macam ini! Sekarang ini saya putuskan untuk tolak bayar insurans ini mulai bulan depan.
Saya sangat super-bengang dengan perkhidmatan kamu PrudentialB** —-FULL.
Sumber: Mohd Azrul
Post a Comment