Hari Ini Sepatutnya Hari Bahagia Fara Fauzana Inilah Luahan Hatinya di Instagram

Sijil kursus haji Fara Fauzana 
PENGACARA dan penyampai radio popular, Fara Fauzana, 36 berkongsi luahan hati pagi ini di laman Instagram dengan memuat naik gambar sijil kursus ibadat haji. 

 Fara juga melampirkan catatan yang ada kaitan dengan rancangan menunaikan ibadat haji selain secara simbolik merujuk kepada kemelut yang dihadapinya. 

 Fara yang sepatutnya menamatkan zaman bujangnya pada hari ini telah bertindak untuk membatalkan perkahwinan beliau dengan jejaka bernama Hafiz awal September lalu. 

 Beliau turut menulis di laman Instagramnya itu bahawa setiap apa yang dirancang hanya ALLAH SWT yang mengetahuinya. 

“Doakan agar ALLAH SWT izinkan FF untuk menjadi tetamu di tahun hadapan agar melengkapi rukun Islam kita,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya itu. Tambah Fara, dirinya percaya apa yang sudah tertulis tidak mampu diubah lagi. 

"Ramai yang berkata, ramai yang bertanya tapi siapalah saya untuk menahan semua kerana percaya setiap kata itu juga doa terbaik. Terima kasih semua kerana terus menjadikan saya kuat seperti hari ini. Semoga Allah terus membimbing kita. Sayang semua," tulisnya. 

 Sebelum ini, Fara membuat keputusan untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan usahawan yang dikenali sebagai Hafiz atas sebab-sebab peribadi. [

Beliau juga sempat meminta supaya tiada yang menuding jari kepada sesiapa mendoakan yang terbaik sahaja buat dirinya serta sempat juga bergurau mengajak peminatnya untuk bermain badminton.

sumber: sinarharian

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted