Patutlah Budak Ni Naik Angin Jangan Dengar Sebelah Pihak Ajer


Zaman persekolahan adalah satu penuh yang dengan pelbagai kerenah kerana di samping sekolah sebagai tempat menimba ilmu, sekolah juga adalah tempat yang sesuai untuk bersosial dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama murid.

 Tetapi jika tidak berhati-hati akan berlaku pergaduhan sekiranya masing-masing tidak tahu menjaga hati rakan-rakan sperti apa yang berlaku di sebuah sekolah di Putatan Sabah.

Video pergaduhan antara dua murid sekolah yang menjadi viral di media sosial dikatakan tercetus akibat tindakan mangsa mengusik mengenai arwah bapa pembulinya. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Rosley Hobden berkata, kedua-dua pelajar berumur 12 tahun itu yang kini sedang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dipanggil untuk memberi keterangan. 

Tambahnya, ibu bapa mangsa baru sahaja membuat laporan polis pada Selasa berhubung kes buli yang berlaku pada 30 Ogos lalu. “Kami sudah merekodkan kenyataan daripada kedua belah pihak dan beberapa saksi,” kata Rosley. Beliau berkata, pelajar tersebut marah dengan tindakan mangsa yang didakwa mengusik mengenai arwah bapanya. 

“Tiada sebarang kecederaan serius berlaku pada mangsa dan juga tiada motif lain dalam pergaduhan ini,” tambah beliau. Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Menerusi video tersebut, dua murid lelaki terbabit yang berpakaian uniform baju Melayu, dilihat bersemuka antara satu sama lain sambil diperhatikan rakan sekelas lain. 

Pembuli kemudiannya mula bertindak ganas dengan menendang, menampar, menumbuk dan melemparkan kerusi ke atas mangsa selain turut mencekak leher mangsa. 

Mangsa dipukul sehingga terjatuh dan apabila dia cuba bangkit, pembuli tersebut terus memukulnya. 

Bagaimanapun mangsa langsung tidak melawan atau dibantu oleh rakan sekelasnya yang lain. Malah kedengaran beberapa murid ketawa melihat aksi buli itu.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted