JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selamat menjalani prosedur Angioplasty di Pusat Perubatan Gleneagles, Singapura.
Dalam satu kenyataan, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, baginda Tuanku telah dirujuk untuk rawatan di Singapura pagi semalam setelah mengadu sakit dada semasa beriadah.
"Keadaan Tuanku waktu ini adalah stabil dan baik.
"Baginda dibenarkan kembali ke Johor pagi tadi dan sedang berehat di Istana Pasir Pelangi," katanya.
Mohamed Khaled berkata, Sultan Ibrahim telah dinasihatkan oleh kumpulan pakar perubatan untuk mendapatkan rehat secukupnya, termasuk mengelak dari melakukan perjalanan jauh.
Kerajaan Negeri Johor turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan perubatan baginda atas perhatian baik mereka terhadap Tuanku Sultan.
Kerajaan Negeri mengajak seluruh rakyat Johor dan Malaysia untuk terus mendoakan agar kesihatan Tuanku agar segera pulih.
Pada 1hb September 2016 di Masjid Pasir Pelangi, Johor Bahru, Satu majlis tahlil, solat hajat dan doa selamat sempena keberangkatan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor bersama DYMM Raja Zarith Sofiah, Permaisuri Johor dan YAM Tunku Tun Aminah ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji telah diadakan Allah Peliharakan Sultan
Post a Comment