Gangguan Makhluk Halus Di Gunung Lambak Punca Lans Koperal Norhisyam Tersesat di Perkampungan Mereka - Ustaz


Siti Rafiah Zakaria, 25 isteri kepada Lans Koperal Norhisyam yang hilang selama tiga hari di Gunung Lambak ketika ditemui di Hospital Enche Besar Khalsom Kluang, dekat sini hari ini memberitahu beberapa orang pengamal perubatan Islam yang datang berusaha untuk memulihkan ingatan suaminya menyatakan suaminya itu telah berdepan gangguan makhluk halus selepas dipercayai tersesat ke perkampungan mereka di gunung berkenaan.






Suaminya setakat ini masih berada di dalam keadaan lemah, kebingungan dan tidak dapat mengenali rakan-rakan sekerjanya termasuk ketuanya, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham,yang datang menziarahinya. 

Norhisyam juga tidak dapat mengingati apa sebenarnya yang terjadi kepada beliau sepanjang kehilangannya itu. 

Suaminya dalam keadaan lemah dan turut bertanya apa yang berlaku pada dirinya. 

"Suami saya tidak ingat pergi ke Gunung Lambak pada petang Rabu lalu sebelum hilang. 

Ahad lalu, anggota polis itu ditemui di kaki Gunung Lambak berhampiran kawasan runtuhan yang terlindung daripada pandangan orang ramai, dalam keadaan tidak sedarkan diri.

sumber: bharianonline

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted