Qu Puteh Didakwa di Mahkamah Ipoh Kerana Tak Bayar GST



Ahli perniagaan tersohor di Malaysia, Datuk Seri Vida hari ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh kerana kesalahan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014. 



Untuk makluman, cukai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikenakan kepada  syarikat yang meraih perolehan melebihi RM500,000 setahun dan pemilik syarikat diwajibkan mendaftar untuk membolehkan mereka mengena dan mengutip  cukai tersebut.

 DS Vida yang terkenal dengan tagline Qu Puteh Barulah Puteh!!! didakwa  kerana 'kegagalan mengemukakan penyata dan gagal membayar cukai'. 



Dr Hasmiza Othman, amat popular dengan jenama produk kesihatan dan kecantikan serta turut aktif memasarkan perniagaannya melalui penajaan berskala besar. 


Syarikat yang mendaftar sahaja layak untuk mengenakan cukai dan mengutip GST daripada para pelanggan.

 Hasil kKutipan GST yang dibuat selepas itu perlu dipulangkan kepada kerajaan sama ada pada setiap bulan atau setiap suku tahun ataupun setahun sekali.

Bagi memastikan cukai berkenaan tidak disalah gunakan, syarikat mesti melapor dan membayar kepada kerajaan setiap GST yang dikenakan pada setiap jualan, selain menuntut cukai itu bagi produk atau perkhidmatan yang dibeli dengan menyediakan invois yang sah. 

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted