Tindakan pensyarah berusia 32 tahun itu mendapat perhatian pengguna laman sosial apabila status yang dimuat naik di Facebook jam 4.11 petang kelmarin dikongsi 900 pengguna dan mendapat 1,500 likes setakat jam 5 petang semalam sehingga tular di aplikasi sosial lain termasuk Twitter.
Beliau yang memuat naik status di facebooknya yang berbunyi:
“Saya cuma mampu sediakan yang terbaik untuk kehidupan selepas perkahwin an termasuk rumah, kenderaan dan simpanan untuk bakal isteri dan anak, malah jika sesiapa yang sudi penuhi syarat ini, saya sudi mengambilnya sebagai isteri,” kata Dr Mohd Ariff Ahmad Nazri.
Mengulas lanjut mengenai tindakannya itu, anak jati Gelang Patah yang berkhidmat di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu berkata, hatinya terbuka menulis status berkenaan kerana mahu menamatkan zaman bujang secepat mungkin.
“Saya anak sulung daripada dua beradik, ayah (Ahmad Nazri Wahad, 58) dan ibu (Asmah Ayob, 56) kerap bertanya bila saya mahu berkahwin kerana mereka mendapati kehidupan saya sudah stabil.
Biodata Pensyarah Cari Calon Isteri Di FB
Nama:Dr Mohd Ariff Ahmad Nazri.
Umur:32
Kerja:Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Anak: jati Gelang Patah (anak sulung daru dua beradik.
Status: bujang
Post a Comment