Hasil dari pencarian Google telah mendapati satu berita yang mengejutkan dunia seni tanah air.
KANDUNGAN BERITA DI LAMAN SOSIAL ADALAH SEPERTI BERIKUT
KUALA LUMPUR, 28 Feb - Pelakon dan personaliti TV, Ary Malik disahkan meninggal dunia sebentar tadi selepas setahun bertarung dengan penyakit kanser ovari tahap empat, lapor Kosmo!.
Ary atau nama penuhnya Nurita Maliha Aryanee Malik meninggal dunia pada umur 46 tahun di Hospital Ampang.
Dalam pada itu, HLive menerusi laman Twitternya berkata Ary menghembuskan nafas kira-kira jam 2.00 petang tadi.
"Takziah. Ary Malik telah meninggal dunia sekitar jam 2.00 petang hari ini, Selasa 28 Feb 2017 di Hospital Ampang akibat kanser ovari. #hlive" tulisnya.
Sumber: Kosmo!, HLive
Berita tersebut telah dikeluarkan dari laman web tersebut, setelah berita tersebut tidak dapat dipastikan kebenarannya.
Seorang individu mendakwa bahawa berita ini adalah palsu.
Sama-sama kita doakan agar Ary Malik segera sihat dan pulih seperti biasa. Amin.
Post a Comment