Sesi Pembelajaran Subjek Sains Terganggu Akibat Tumpahan Merkuri Di SK Bukit Merbau Pasir Puteh kelantan



Satu kejadian tumpahan bahan kimia jenis merkuri telah berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sains di makmal sains SK Bukit Merbau Pasir Puteh semalam.

Pasukan bomba telah dipanggil oleh pihak sekolah untuk membersihkan tumpahan merkuri tersebut dan aktiviti pembersihan telah dilakukan pada jam 10.41 pagi.




 Anggota bomba yang lengkap dengan memakai alat pernafasan serta pakaian kalis kimia telah menjalankan operasi pembersihan terhadao tumpahan tersebut dengan menabur sulfur, kemudian menampal pita di lantai untuk mengutip baki serbuk sebelum membersihkannya menggunakan cecair peluntur.

Merkuri atau raksa (Hg) merupakan logam berat dan merupakan unsur yang sangat jarang dalam kerak bumi, dan relatif terkonsentrasi pada beberapa daerah vulkanik dan mendapan  mineral biji dari logam-logam berat.

Merkuri digunakan pada berbagai aplikasi seperti amalgam gigi dan sebagainya. Elemen air raksa relatif tidak berbahaya kecuali kalau menguap dan terhirup secara langsung pada paru-paru.

Kajian menunjukkan merkuri ini adalah bersifat racun bagi semua bentuk kehidupan, dan bersifat lambat untuk dikeluarkan dari tubuh manusia. .

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted