SUBHANALLAH.. PENASIHAT AGAMA SULTAN JOHOR LIHAT SENDIRI WAJAH ARWAH ADIK THAQIF BERCAHAYA DAN TERSENYUM SEPERTI MASIH BERNYAWA


PENASIHAT AGAMA SULTAN JOHOR LIHAT SENDIRI WAJAH ARWAH ADIK THAQIF BERCAHAYA DAN TERSENYUM SEPERTI MASIH BERNYAWASUBHANALLAH.. PENASIHAT AGAMA SULTAN JOHOR LIHAT SENDIRI WAJAH ARWAH ADIK THAQIF BERCAHAYA DAN TERSENYUM SEPERTI MASIH BERNYAWA


Pemergian arwah Adik Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 masih terus diperkatakan tentang istimewanya arwah oleh rakyat.

Terkini,  Datuk Nooh Gadut, Bekas Mufti Johor telah berkongsi pengalaman menarik beliau ketika melawat jenazah arwah yang seolah-olah bercahaya dan berseri .

 Malah lebih istimewa lagi, menurut Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) ini,  Allahyarham juga kelihatan tersenyum seperti masih lagi bernyawa semasa beliau dan sahabatnya melawat jenazah sebelum proses bedah siasat dilakukan. 



“Apabila Arwah meninggal dunia saya tengok wajahnya memang luar biasa, betullah yang dikatakan bahawa Al-Quran mempunyai cahaya bukan sahaja di dalam tetapi nampak terserlah di wajahnya. 


[BACA:  VIDEO PENGKEBUMIAN ARWAH ADIK THAQIF DI FELDA  BUKIT APING] 




 “Bila saya melihat dengan sahabat-sahabat lain wajahnya tersenyum.. berseri dan macam orang yang masih hidup. Apabila saya tanya kedua ibu bapanya, dia (Arwah) mahu menghafal 30 juzuk Al-Quran dan itulah hasratnya,” katanya. 

 Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Multaqa Ulama Darul Ta’zim Kali Kelima Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor Tahun 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, hari ini. 

Nooh berkata, beliau turut menziarahi keluarga Mohamad Thaqif Amin pada malam sebelum dia disahkan meninggal dunia dan turut menawarkan bantuan Mainj bagi membiayai pengajian pelajar tahfiz itu sekiranya sembuh 

“Malam sebelum Arwah meninggal saya ada bertemu keluarga di HSI dan saya amat terharu dengan kesabaran mereka yang meredhai perkara yang berlaku. 

“Saya ada beritahu kepada keluarga Arwah jika takdirnya dia sembuh kita (Maij) akan tanggung perbelanjaan dan semua keperluannya untuk menghafal Al-Quran. Tetapi takdir Allah..., kejadian ini mungkin ada rahsia di sebaliknya,” katanya. 

Dalam pada itu katanya, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) akan memanggil pengetua-pengetua tahfiz untuk menghadiri taklimat penyelarasan dalam masa terdekat bagi menambahbaik sistem pengurusan dan pendidikan tahfiz di negeri ini. “Ini termasuk dari aspek pengambilan kakitangan. Semua pekerja kena pastikan tiada kes polis, tiada kesalahan yang boleh membawa kepada perkara seumpama ini,” katanya.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted