Tolong jangan tanya lagi kenapa jadi begini, penat nak menjawab.
Siapa yang pernah pakai D***** Skincare tahulah apa puncanya. Nadia sudah pakai produk ini hampir dua tahun.
Ya, gambar pertama nampak glowing, bersih, tulus mulus seperti kulit bayi. Itu sebab Nadia non-stop pakai. Habis saja, terus beli.
Bila Nadia skip pakai krim malam sebab dah habis, baru tahu punca dan sebab mengapa produk ini tidak bagus. Nak menyesal pun tak guna dah.
Sendiri pakai, sendiri tanggung. Tetapi tak tahulah kalau ada yang pakai, kemudian stop dan tidak mengalami kesan sampingan. Mungkin sesuai dengan kulit dia.
Gambar yang Nadia tunjukkan itu bukan jerawat tetapi ruam pasir, biji air yang sangat gatal. Ramai yang sarankan guna produk itu ini, tetapi maaflah, Nadia tak nak cuba-cuba lagi pakai produk skincare yang ada bahan kimia.
Sekarang Nadia cuba pakai pencuci cetaphil sebab ramai yang kata bagus. Please, muka kita semua ini nak pakai lama dan memanglah lama-lama kelak akan berkedut juga. Tetapi kalau dah jadi begini, korang rasa nak teruskan ke?
Kalau nak pakai pun, pakailah produk bebas bahan kimia. Bukan nak meraih simpati atau apa, tetapi Nadia cuba kongsi perkara yang tak sepatutnya korang tak tahu dan kena tahu. Sekarang Nadia cuba untuk baik pulih semula muka Nadia ini.
11 Mei 2017
Alhamdulillah kulit semakin pulih. Serik dan sumpah tak nak pakai produk merkuri ini lagi, taubat.
Hanya pakai cetaphill dan ubat dri farmasi. Biji nanah tu dh semakin kecut. |
Alhamdulillah semakin pulih. Biji nanah pon hilang dan mnggelupas sedikit jer. |
Untuk siang hnya pakai ini dan pencuci |
Pakai siang cuci muka tanpa guna air dan lap guna tisu. Dua kali sehari sahaja . Siang dan mlm . Lepas tu bru apply moisturizer |
Untuk malam pulak nadia pakai Cream dan ubat dri farmasi utk baik pulih dalaman |
Nasib baik rawat awal. Kalau biarkan saja mesti muka dah macam katak puru. Siapa yang pakai itu, berhentilah segera. Buruknya sekejap saja, percayalah.
Post a Comment