"BELUM KU RASAKAN NIKMATNYA" Tweet Suspek Utama Sehari Sebelum Zulfarhan Meninggal Dunia

"BELUM KU RASAKAN NIKMATNYA" Tweet Suspek Utama Sehari Sebelum Zulfarhan Meninggal Dunia



Kes dera dan bunuh Arwah Zulfarhan masih lagi dalam perbicaraan dan rata-rata netizen sangat berharap agar hukuman setimpal di jatuhkan kepada kesemua pesalah.

Melihat kepada kezaliman yang di lakukan oleh pelaku kepada arwah,mungkin ramai yang menganggap suspek utama pembunuhan itu adalah individu yang sering bermasalah dan bermusuhan dengan arwah.

Namun begitu sangkaan itu silap sama sekali. Ini kerana, suspek utama bunuh iaitu Zuhairi adalah kawan baik kepada arwah itu sendiri.

Dalam satu gambar di instagram juga, Zuhairi ada memberi komen bahawa arwah adalah idolanya. Mereka berdua juga di katakan punya hubungan yang akrab dan selalu bersama melakukan aktiviti yang di sediakan universiti.

"BELUM KU RASAKAN NIKMATNYA" Tweet Suspek Utama Sehari Sebelum Zulfarhan Meninggal Dunia


 Namun bagaimanakah hanya sebab komputer riba yang belum tentu dan terbukti di ambil arwah, telah menyebabkan seorang manusia yang normal seperti Zuhairi boleh bertindak di luar batasan seperti itu.

Sama seperti anak muda yang lain, Zuhairi juga mempunyai akaun laman sosialnya sendiri. Netizen telah mencari dan melihat kesemua aktiviti yang di lakukannya dan ia mengejutkan apabila melihat kepada jejak-jejak yang di tinggalkan Zuhari,seolah-olah dia sendiri telah memberikan bayangan terhadap apa yang sedang dan telah berlaku.

Menurut laporan, kejadian dera itu di lakukan pada arwah sekitar 22 Mei dan tweet ini telah keluar pada 30 Mei.
"BELUM KU RASAKAN NIKMATNYA" Tweet Suspek Utama Sehari Sebelum Zulfarhan Meninggal Dunia

 Ia adalah tweet yang di tulis Zuhairi 2 hari sebelum kematian arwah. Netizen percaya tweet itu di tujukan kepada arwah yang mana Zuhairi berharap agar arwah cepat sembuh memandangkan keadaannya sangat teruk. 
"BELUM KU RASAKAN NIKMATNYA" Tweet Suspek Utama Sehari Sebelum Zulfarhan Meninggal Dunia

Zuhairi juga mempunyai akaun youtube dan di situ dia tidak set up privasi aktiviti menyebabkan aktiviti like video boleh di lihat oleh orang ramai.

Mengikut aktivitinya di youtube, dia ada like dan menonton video cara-cara untuk menyembuhkan kesan lecur pada kulit. Netizen juga beranggapan bahawa Zuhairi cuba untuk mencari penyelesaian bagi menghilangkan lecur arwah tanpa membawanya kepada pihak perubatan.

Pada ketika ini, dia di katakan cuba menyembunyikan apa yang berlaku pada arwah dan menempatkannya di sebuah apartmen. 

 Melalui bedah siasat, arwah di katakan mengalami lecur tahap 2 dan 3. Jumlah lecur itu juga sangat banyak di badan sehingga 80%.


"BELUM KU RASAKAN NIKMATNYA" Tweet Suspek Utama Sehari Sebelum Zulfarhan Meninggal Dunia


Menurut doktor jika arwah hidup dan selamat, dia perlu menerima seluruh badannya di penuhi dengan parut kesan seterika termasuklah di bahagian kemaluan. Jumlah kesan seterika bukan sahaja banyak iaitu sekitar 9 hingga 10, rusuk kiri arwah juga ada yang patah. 

Namun kenapa semua itu di sembunyikan dan tidak di bawa berjumpa doktor dengan segera? 

 Idea untuk menggunakan seterika bagi mendera mangsa itu tidak pasti datangnya dari siapa. 

Namun begitu ramai orang mempertikaikan bagaimana seorang rakan baik boleh bertindak begitu hanya kerana satu perkara yang boleh di bincang dengan baik. 

Ada netizen berpendapat, mungkin sahaja tentera di ajar untuk menjadi lelaki sejati dan perlu menyimpan seluruh emosi dan bertahan. Oleh sebab itu apabila satu hal yang berlaku yang boleh mencetuskan kemarahan, semua emosi itu terluah dengan dasyat kepada mangsa. Apa pun kes ini masih dalam perbicaraan mahkamah.

Sumber: Kisahdunia.com


0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted