Lelaki yang mengaku diri imam masa kes pergaduhan di bazaar Kluang tempohari. Nampaknya ya dia memang betul imam.
Memandangkan lelaki ini dikecam ramai, bila Oh! Media terima perkongsian ini kami rasa macam perlu dikongsikan pula kisah dari sudut lain selain mengecam dia.
Perkongsian ini bukan berniat atau nak peduli pasal mana-mana parti politik (semua parti politik sama je jijik) tapi kami rasa kita perlu dengar juga pandangan dari banyak pihak agar kita dapat hadam sendiri tentang brader ni yang teruk dihentam.
Berikut adalah perkongsiannya yang tidak diubah apa-apa;
"Kenal Imam ni? Dia ni pernah viral 2 kali pasal insiden provokasi halus DAP di Bazaar Ramadan Kluang (bazaar yang pernah DAP kluang mintak robohkan). Orang pertikai betul ke dia imam? Dia ni Tahfiz.
Ada orang kata familinya kuat belah PAS. Itu saya x pasti. Itu tak kisahlah. Kes kluang ni mcm ni. Hari ni aku buat tempat niaga. Pastu kau plan dan mintak untuk roboh tempat niaga aku.
Aku hati panas. Esok lusa ko datang bajet nak buat baik. Dalam masa yang sama ko tau hati aku panas pasal kes ko nak robohkan .
Aku tak bagi ko masuk, ko nak meroyan. Bila aku marah, ko cakap ko dikasari. Kes Kluang bukan sekadar nak bagi Kurma. It's deeper than that.
Kes dari 10 thun lepas. Kurma tu ibarat Cacing di Mata Kail. Umpan Tiap tahun DAP akan pergi ke kawasan yang sama. Tiap tahun akan jadi bergaduh. Kalau dah tau orang tak suka, kalau dah tau ko pernah buat hal dengan org kawasan tu, kenapa sibuk nak datang lagi? Pergilah tempat lain.
Orang tak bagi masuk, nak masuk jugak. Mmg la bergaduh. Kita ni bukan nak backup sesiapa. Tetapi jika berlaku sesuatu perkara, kena siasat apa punca sebenar. Zaman ni zaman persepsi. Tabayun.
Walaupun Imam tp Dia juga manusia biasa. Jangan provok lebih-lebih, memang la dia melenting. Memang puasa kena sabar. Tapi jangan atas sebab tu orang lain boleh suka2 cabar kesabaran kita.
Errr tu bukan dato Jais Sarday ke belakang tu? Hari tu x silap dia yg jadi imam terawih.
Lokasi - Surau An-Nur, Jalan Koko, Tmn Lian Seng, Kluang Sumber FB : Mohd Nur Azman Naim
Disclaimer: Penulisan ini bukan milik Oh! Media. Kami berkongsi sahaja dan penulisan tersebut mungkin betul atau bidaah semata-mata. Jadi jika fakta tidak tepat boleh betulkan di bahagian komen untuk kefahaman bersama. — with Jhuan Tjan Lee.
sumber: Oh! Media
Post a Comment