SIAPA NAK BAYAR UPAH ANGKAT TRELER?? SEDIH... PUNCA BOMBA AMBIL MASA LIMA JAM BANTU KELUARKAN MAYAT


NAHAS DI PALONG


“Setiba di lokasi, saya ternampak api mula marak membakar sebuah kereta iaitu Proton Exora sebelum bergegas ke lori untuk mengambil pemadam api, namun gagal memadamkan kebakaran itu kerana api marak begitu cepat.

 “Saya langsung tidak mendengar sebarang jeritan dan tidak dapat melihat sesiapa dalam kereta Proton Exora kerana kenderaan ini berada betul-betul di bawah treler,” kata pemandu lori dikenali sebagai Man, berusia 30-an.


NAHAS DI PALONG

NAHAS DI PALONG

Man antara saksi kemalangan maut meragut lapan nyawa termasuk enam rentung dipercayai satu keluarga dalam nahas empat kenderaan di Kilometer 25 Jalan Bahau- Keratong, dekat Ladang Risda Palong, di sini, 2.30 petang hari ini.

 Menurutnya, dia terkilan kerana tidak dapat membantu menyelamatkan mangsa yang di dalam Proton Exora.

 Katanya, pemadam api yang digunakan tidak dapat memadamkan kebakaran itu. Setakat ini, mangsa yang maut ialah pasangan suami isteri yang menaiki Perodua Myvi dikenali sebagai Osman Mohamed Taip, 31, dan isteri Rosniza Othman, 32, manakala enam yang rentung dipercayai satu keluarga belum dikenal pasti identitinya.

NAHAS DI PALONG


NAHAS DI PALONG

NAHAS DI PALONG


NAHAS DI PALONG



NAHAS DI PALONG

NAHAS DI PALONG


NAHAS DI PALONG




NAHAS DI PALONG

NAHAS DI PALONG

SIAPA NAK BAYAR UPAH ANGKAT TRELER?? SEDIH... PUNCA BOMBA AMBIL MASA LIMA JAM BANTU KELUARKAN MAYAT


Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata, anggota bomba mengambil masa lebih lima jam untuk mengeluarkan semua enam mangsa yang rentung dalam Proton Exora berkenaan yang turut terbakar selepas dihempap treler berkenaan.

 “Bomba mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa. Kami terpaksa mendapatkan bantuan kren untuk mengangkat treler bagi membolehkan operasi mengeluarkan semua mangsa dijalankan.

 “Pada awalnya bomba mendapat maklumat tiga mangsa di dalam kenderaan itu, namun apabila kita berjaya mengeluarkan mangsa kita dapati terdapat lapan mangsa di dalam kenderaan itu,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol, Bahau dan Keratong terbabit dalam operasi berkenaan. Operasi sukar, ambil masa 5 jam

 Difahamkan, selain pemilik treler dari Kemayan yang enggan bekerjasama, beberapa pengendali kren juga keberatan memberi pertolongan kerana tidak tahu pihak yang akan membayar perkhidmatan mereka.

Keadaan itu menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk mengalihkan treler yang menghempap Proton Exora, termasuk cuba menggunakan khidmat kenderaan berat lain seperti lori tangki dan lori ikan, namun tidak berhasil.

Situasi itu menyebabkan operasi menyelamat yang bermula jam 2.45 petang itu hanya berakhir pada jam 8 malam tadi, selepas pasukan itu mendapat bantuan trak tunda dari Bahau.

Ketua Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hazren Mohd Zahar, menyifatkan operasi itu mencabar kerana tidak mendapat kerjasama pemilik lori.

Beliau berkata, pihak bomba dan polis cuba menghubungi mereka, namun talian telefon dimatikan.

"Beberapa syarikat kren yang dihubungi oleh individu lain (towing) bagi meminta bantuan pula tidak mahu bekerjasama kerana mementingkan bayaran semata-mata.

"Sebaliknya, orang ramailah yang banyak membantu kami, termasuk meminta pertolongan rakan pemandu lain untuk menarik kepala treler yang menindih Proton Exora berkenaan," katanya.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada orang ramai yang membantu menyediakan minuman, kurma dan roti sebagai juadah berbuka puasa kepada anggota pasukan itu.

Seorang lagi ditemui rentung, 8 maut SEORANG lagi mangsa ditemui rentung menjadikan lapan maut dalam nahas empat kenderaan di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, dekat Ladang Risda Palong, Jempol, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, setakat ini terdapat enam mangsa yang rentung selepas terperangkap dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang terbakar selepas dihempap sebuah treler.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan kira-kira jam 2 petang itu berlaku apabila treler dari arah Keratong menghala Bahau dipercayai cuba memotong motosikal tetapi gagal dan memasuki laluan bertentangan.

"Kereta Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan cuba mengelak dengan memasuki laluan treler menyebabkan bertembung dengan Toyota Vios yang berada di belakang treler. "

Malangnya, Proton Exora yang mengekori Perodua Myvi tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan treler sebelum dihempap kenderaan itu," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, mangsa maut pemandu Myvi, Osman Mohamed Taip, 31, dan isteri Rosniza Othman, 32, manakala anak mereka Muhammad Alifthaqif berusia tiga tahun parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Tambahnya, enam mangsa dari Proton Exora yang tersepit dan rentung masih belum dikenal pasti identiti manakala pemandu treler dan Toyota Vios tidak cedera.

Noorzainy berkata, polis menahan pemandu treler berusia 44 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted