Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang juga merupakan seorang OKU Autism dan bisu ditemui mati akibat kebuluran sambil berpaut pada mayat ibunya selepas dia tinggal bersama mayat itu lebih dari dua minggu lamanya.
Chadrack Mbala Mulo, yang bisu dan austistik, ditemui sambil memeluk mayat ibunya, Esther Eketik-Mulo di rumah flat mereka di London.
Menurut inkues yang didengarkan, difahamkan Chadrack tidak dapat memberitahu orang lain bahawa ibunya telah meninggal dunia selepas diserang sawan.
Seorang koroner memutuskan bahawa Chadrack meninggal dunia pada 18 Oktober lalu akibat dehidrasi dan malnutrisi dengan penyakit autism sebagai faktor penyumbang.
Jiran di Trelawney Estate di Hackney dilaporkan menyangka bau busuk yang datang dari rumah flat keluarga tersebut berpunca dari masakan ibu Chadrack.
Kes tersebut juga telah menyebabkan pihak sekolah telah dipersoalkan kerana tidak ada sebarang tindakan susulan oleh pihak sekolah apabila pelajar tidak datang ke sekolah.
Dalam laporannya, Koroner Mary Hassel menyebut: "Chadrack mempunyai masalah pembelajaran dan, apabila ibunya mati secara mengejut di rumah pada 1 atau 2 Oktober 2016, dia tidak tahu siapa yang perlu dipanggil atau tidak tahu bagaimana hendak memberi makan dirinya sendiri.
Pekerja di sekolahnya, Morningside Primary, telah melawat rumah keluarga itu dua kali dan menelefon beberapa kali pada awal Oktober namun gagal berhubung.
Ms Hassell menggesa satu sistem baru diwujudkan untuk mengendalikan kes ketidak hadiran pelajar susulan kes terbabit. Sumber: Mirror
Post a Comment