ALHAMDULILLAH.. Wedding Planner Zurin Jundi Setuju Bayar Ganti Rugi Kepada 91 Pelanggan

ZURIN JUNDI

Wedding Planner Zurin Jundi Setuju Bayar Ganti Rugi Kepada 91 Pelanggan

Setelah viral di media sosial apabila pelanggan yang tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang diterima, akhirnya Syarikat wedding planner, Zurin Jundi setuju untuk  membayar ganti rugi kepada pelanggannya yang tidak berpuashati dengan perkhidmatan diberikan atas faktor kecuaian,

Peguamnya, Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar berkata, anak guamnya yang menjalankan perniagaan selama 10 tahun akan menyusun jadual pembayaran secara berkala kepada 91 pelanggan terlibat, rata-ratanya bakal pengantin.
"Kami sekali lagi meminta maaf di atas kesalahan yang tidak disengajakan dan berjanji untuk membayar setiap ganti rugi kes-kes kecuaian yang telah berlaku," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri pengasas syarikat perancang perkahwinan itu di sini hari ini.
Muhamad Akmal Arif mengulas laporan media berhubung puluhan bakal pengantin mendakwa diperdaya menerusi pakej perkahwinan ditawarkan syarikat berkenaan, yang melibatkan kerugian hampir RM500,000.

Zurin Jundi di serang di Shah Alam


Kejadian mereka 'menyerbu' syarikat itu tular di media sosial berikutan dakwaan kegagalan syarikat perancang perkahwinan itu memenuhi tawaran pakej dijanjikan termasuk sajian makanan, pelamin dan gambar perkahwinan.
Muhamad Akmal Ariff berkata pemerhatian awal pihaknya mendapati syarikat yang beroperasi sejak 2007 disabotaj beberapa individu dan pihaknya akan memfailkan saman sivil ke atas lima hingga enam individu yang dipercayai mensabotaj perniagaan sehingga menjejaskan nama baik syarikat perancang perkahwinan itu.
Berikutan kes itu, pemilik syarikat perancang perkahwinan itu direman dua hari bermula Khamis lepas bagi membantu siasatan. - Bernama

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted