Ches Al-Maliki, Bekas Rakan Isteri Bakal Saman Da’i Farhan “24 Jam Sudah Berlalu…” –



Selepas pendakwah bebas, Da’i Farhan menarik saman ke atas rakan baik bekas isterinya, Fatin Nurul Ain iaitu Ches Al-Maliki, kini giliran wanita itu pula meminta pendakwah itu membuat penjelasan dan kenyataan secara terbuka terhadap penarikan saman tersebut.

BACA : Isteri Da’i Farhan Didakwa Doktor Palsu, Netizen Lapor KKM Bersama Bukti Kukuh


Menerusi menerusi laman sosial Facebook, Ches meminta pendakwah itu membuat penjelasan dan kenyataan secara terbuka terhadap penarikan saman tersebut dalam bentuk penulisan dan video.

“Pihak yg mahu saman Ches Al-Maliki, telah memberikan mesej kepada ahli keluarganya dan katanya dah tarik saman yang dibuat.
Mungkin mereka baru sedar, nak buka fail itu perlukan dollar. Takkan bayar RM10,000 kenari, dollar sudah licin… Saya tuntut pihak berkenaan membuat kenyataan secara terbuka tentang penarikan saman tersebut.

Saya memberikan masa 24JAM kepada pihak disana untuk membuat tuntutan yang saya mahu, sekiranya GAGAL berbuat demikian,” – tulis Ches Al-Maliki di Facebook.
Bagaimanapun, tempoh 24 jam yang ditetapkan telah berlalu dan menyebabkan rakan baik bekas isteri Da’i Farhan mengambil tindakan dan dilihat (gambar) sedang berbincang dengan peguamnya.
Saya telah mendapatkan nasihat undang-undang untuk tindakan selanjutnya dan saya juga telah mengarahkan peguam saya Dato’ Hajah Hazizah Kassim untuk mengeluarkan notis tuntutan pada pihak yang berkenaan.” – Ches Al-Maliki

Di dalam posting terbaharunya di Facebook, Ches mendakwa sedang mendapatkan nasihat undang-undang untuk tindakan selanjutnya dan mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan notis tuntutan kepada Da’i Farhan.



Source link 

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted