[GAMBAR] Asal Usul Pakaian Kerabat Diraja Johor - Baju Melayu Teluk Belanga dan Seluar Slack Hitam

Salah satu keunikan dalam imej berpakaian yang sering ditampilkan oleh kerabat diraja Johor   khusunya bagi kerabat diraja  lelaki adalah dengan berpakaian Baju Kurung Melayu Teluk Belanga lengkap bersamping dan berseluar slack hitam . 

Imej berpakaian sebegini telah dipelopori oleh Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail (8 April 1932 - 22 Januari 2010) yang dapat dilihat ketika baginda berangkat menunaikan Solat Hari raya Aidlifitri ketika menjadi Yang Dipertuan Agong.


DYMM Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail bertitah semasa Baginda berangkat menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Negara, Kuala Lumpur. 17.5.1989 : KREDIT : Jabatan Penerangan Malaysia
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamed menyambut ketibaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
Tradisi berpakaian ini terus dikekalkan oleh kerabat Kesultanan Johor sekarang. Namun begitu Sultan Ibrahim lebih gemar melepaskan baju baginda keluar.

Cara berpakaian ini sudah mula diikuti oleh rakyat jelata yang memang nampak unik dan segak.

Gambar Kenangan Hari Raya Yang Terakhir Buat Almarhum Tunku Abdul Jalil bersama Kerabat Sultan Johor

Gambar keluarga di atas yang diambil semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun lalu adalah merupakan kenangan buat kali terakhir baginda sekeluarga beraya dengan Almarhum Tunku Abdul Jalil yang telah mangkat akibat kanser. 

Pada tahun ini sebagai tanda hormat di atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, baginda memutuskan untuk tidak mengadakan rumah terbuka Aidilfitri kerana tarikh 5 Julai, iaitu hari terakhir Ramadan tahun ini, merupakan hari keputeraan Almarhum Tunku Jalil. 

Selepas selesai solat sunat Aidilfitri, keluarga baginda akan menziarah pusara almarhum untuk bacaan Yassin dan mengadakan jamuan keluarga secara peribadi.

Di sini adalah tutorial bergambar cara untuk melipat samping yang dipakai oleh kerabat Diraja Johor.











 










0 Response to "[GAMBAR] Asal Usul Pakaian Kerabat Diraja Johor - Baju Melayu Teluk Belanga dan Seluar Slack Hitam "

Post a Comment