Sultan Ibrahim Ziarah Makam Anakanda Allahyarham Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar meluangkan masa hampir setengah jam melawat makam anakandanya, Allahyarham Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil di Makam Diraja Mahmoodiah di sini, pagi tadi. Sultan Ibrahim bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah tiba di Makam Mahmoodiah kira-kira jam 10 pagi sebelum menyiram air mawar serta menghadiahkan bacaan doa dan beredar kira-kira jam 10.20 pagi. 





Turut berangkat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah; Tunku Panglima Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar. 

Turut mengiringi ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ismail Karim; Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin dan pegawai kanan kerajaan. 

Difahamkan, Sultan Ibrahim bersama keluarga Diraja kemudian berangkat menziarah Makam Diraja Teluk Belanga, Singapura. 

Mengikut tradisi Keluarga DiRaja Johor, sebelum menjelang ketibaan Hari Raya Aidil Fitri, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, telah berangkat menziarahi makam kerabat DiRaja Johor di Makam DiRaja Mahmoodiah. 

Tuanku Sultan diiringi oleh isteri Baginda Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor dan paduka anakanda Baginda berdua iaitu Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor; Tunku Idris, Tunku Temenggong Johor; Tunku Tun Aminah; Tunku Abdul Rahman, Tunku Panglima Johor, serta Tunku Abu Bakar, Tunku Putera Johor. 

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin, mengiringi kerabat DiRaja Johor dalam bacaan Al Fatihah di makam Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor, yang mangkat pada 5hb Disember tahun lepas akibat kanser hati. 

Kerabat DiRaja juga menziarahi serta membaca Al Fatihah di makam Almarhum ayahanda Tuanku Sultan, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail; nenda Baginda, Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim; nenda perempuan Baginda, Almarhumah Sultanah Aminah Binti Ungku Ahmad, Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Almarhumah Tunku Ampuan Maimunah Binti Ungku Abdul Majid serta Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim. 

Kerabat Diraja menyiram air mawar serta meletak bunga rampai atas makam Almarhum dan Almarhumah. 

Sempurna keberangkatan ke Makam DiRaja Mahmoodiah, Sultan Ibrahim berserta putera-putera Baginda telah kemudiannya berangkat ke Makam DiRaja di Teluk Belangah, Singapura, bagi menziarahi makam Keluarga DiRaja Johor yang dimakamkan disana, sebelum menjelangnya Hari Raya.
bharian online

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted