TRENDING... Semua Ahli Dewan Parlimen TERPAKU Bila DYMM Agong Buka Botol Air Sendiri..



Satu peristiwa manis dan lucu terjadi ketika DYMM Agong Sultan Muhammad Faris Petra menyampaikan titah semasa Merasmikan Sidang Parlimen 13 Penggal kelima Di Parlimen hari ini. 

Kejadian yang tidak terduga tersebut berlaku ketika ahli-hali parlimen sedang khusyuk mendengarkan tidah baginda, DYMM Agong terpaksa berhenti seketika untuk minum bagi membasahkah tekak baginda setelah lama bertitah.

Dengan spontan baginda Tuanku mengambil sendiri botol minuman di depan baginda dan baginda melihat botol tersebut masih belum dibuka tudungnya.

Memandangkan tiada pelayan istana di situ, baginda membuka sendiri botol minuman sambil berkata "minum air kejap" lalu meneguk air tersebut sambil di saksikan oleh ahli-ahli parlimen di situ.

Gelagat baginda telah membuatkan hadirin tersenyum dan ketawa kecil yang turut disaksikan juga oleh jutaan rakyat melalui kaca tv yang disiarkan secara langsung oleh RTM.

Ramai netizen yang berasa cukup teruja dengan reaksi spontan baginda yang memang terkenal dengan keperibadian yang murni.


Rakyat Malaysia Berbangga dengan Tuanku..!!!

Allahu Akbar..

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted