Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama dan Selalu Bergaduh Kerana Tiada Wang- Farhan

Laporan mengenai kisah rumahtangga Abby Abadi & Noor Farhan kini nampaknya semakin dramatik setelah Farhan tampil mendedahkan yang beliau sering menjadi mangsa keganasan domestik atau deraan Abby Abadi secara mental dan juga fizikal.

mStar Online dalam laporannya hari ini menyatakan,  Abby Abadi buat pertama kali mencederakan bekas suaminya itu pada sekitar Januari tahun ini apabila mendapat tahu (pada ketika itu) suaminya ada memberitahu rakan yang mereka kini sudah tiada hubungan.

Abby Abadi dikhabarkan sekali lagi bertindak lebih agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia tidak mahu berbincang tentang kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi SMS yang sedang berjalan di mahkamah.

Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini,“ ujar Noor Farhan yang ditemui.

Sering Bergaduh Kerana Tiada Wang, Beri Tekanan
Noor Farhan juga turut memberitahu bahawa mereka selalu bertengkar ketika Abby tidak mempunyai duit dan  hal itu juga sering memberikan tekanan kepada Farhan sehingga beliau membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah.

Setiap kali tidak mempunyai wang dia akan menyerang & mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya

Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan,” tambahnya lagi.
Cukuplah… Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya,“ jelasnya. (rtky/m)

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted