MANGSA DEDAH TAKTIK LELAKI MIANG BERUSAHA UNTUK MENJERAT WANITA BERTUDUNG




Laman blog dan portal sebelum ini sudah beberapa kali membuat cerita mengenai kisah seorang lelaki yang menyamar menjadi seorang jurugambar dan cuba menjerat wanita untuk dirakamkan gambar mengaibkan mereka.
Difahamkan beberapa mangsa penipuan lelaki itu sudah pun membuat laporan polis supaya pelaku dan individu bertanggungjawab berjaya diberkas dan dihadapkan ke muka pengadilan.
Bagaimanapun, didapati lelaki hidung belang itu masih lagi bebas cuba menjerat wanita bertudung untuk diadakan sesi bergambar dengan niat yang terpesong untuk mendapatkan gambar memalukan wanita berkenaan.
Lelaki itu masih tetap menggunakan aplikasi sama dengan nama pengenalan yang sama biarpun penipuannya sudah pun didedahkan ramai wanita tetapi dia masih tidak insaf malahan semakin berani.
Jika sebelum ini, lelaki itu hanya meminta kebenaran untuk wanita mangsanya bergambar dan kemudian menghantar gambar berkenaan melalui telefon pintar dengan aksi yang mengghairahkan.
Bagaimanapun, lelaki itu dilihat sudah semakin melampau dengan mahu mengajak wanita bertudung dan memakai niqab iaitu penutup muka untuk berzina.
Modus operandinya tetap sama dengan mengumpan wanita berkenaan untuk menjadi model dan meminta mangsa mengisi borang.
Apabila mangsa enggan melayani permintaannya, lelaki itu mula menggunakan perkataan lucah dan mengajak wanita itu untuk melakukan perbuatan terkutuk.











Ada kemungkinan lelaki itu menggunakan akaun palsu dengan menggunakan gambar orang lain dalam menjalankan aktiviti jahatnya. – MYNEWSHUB


0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted