VIDEO PENUH HARIMAU PUTIH MEMBAHAM SEORANG PELAJAR DI ZOO INDIA




Satu insiden tragis berlaku di Zoo Delhi apabila seorang lelaki berusia 20 tahun maut dibaham harimau putih, selasa lalu.
Saksi mendakwa kejadian sekitar jam 1.30 tengah hari itu berlaku apabila besi penghadang terlalu rendah membuatkan mangsa dengan mudah tercampak ke dalam kandang harimau selepas tergelincir.
Mangsa sempat menjerit kuat namun tak berdaya untuk berbuat apa-apa selepas seekor harimau putih bergegas ke arahnya.
Menurut saksi lain, harimau itu pada mulanya tidak menyerang mangsa namun mula bertindak ganas selepas beberapa kanak-kanak membaling kayu dan batu ke arahnya konon untuk mengalih perhatian haiwan tersebut.
Harimau putih yang digelar Mohan berusia 7 tahun itu kemudiannya menggigit leher mangsa lalu mengheretnya ke tempat lain.
3
Pihak polis dan pengawal keselamatan yang dipanggil tak mampu berbuat apa-apa kerana mangsa sudah pun meninggal dunia di tempat kejadian setibanya mereka di sana.
2
4
5
tiger1
Seorang pengunjung sempat merakam kejadian ngeri ini menggunakan telefon bimbit.
Video rakaman tersebut kini menjadi viral di internet.
Rata-rata pihak menyalahkan aspek keselamatan yang lemah sebagai punca utama kejadian ini berlaku. – MYNEWSHUB

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted