Pelajar Tingkatan 2 Cedera dibuli Samseng Sekolahnya

Gombak: Tangan dipulas ke belakang dan direbahkan ke lantai sebelum tangan kiri ditoreh dengan senjata tajam hingga berdarah.
Itu detik cemas dilalui seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang menjadi mangsa peras ugut dan dibuli empat pelajar samseng sebuah sekolah di Batu Caves di sini, Selasa lalu. 
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, pelajar tingkatan dua itu dikatakan sedang membasuh muka di tepi tandas sekolahnya sebelum didatangi suspek yang terus menahan dan memulas tangan kiri mangsa. 

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, suspek kemudian merebahkan badan mangsa dan terus menoreh tangan kiri mangsa menyebabkan pelajar itu mengerang kesakitan sebelum mereka melarikan diri.
Foto
LENGAN kiri pelajar cedera ditoreh senjata tajam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ia berpunca apabila mangsa sebelum itu dipaksa seorang suspek memberikan wang di luar sekolah pada jam 12.30 tengah hari. - METRO

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted