Majikan Jelaskan Cerita Sebenar Kecurian Baju di Galleria Kotaraya


Kami ada memuatnaikkan sebuah video rakaman kecurian dalam Galleria Kotaraya menerusi CCTV. Video tersebut yang kini telah dikongsi oleh seramai 2,000 pengguna Facebook bagaimanapun telah disalahfaham oleh penonton. 

 Bagaimanapun ketika kejadian curi itu berlaku premis itu kelihatan kosong tanpa pekerja. Rata-rata mereka yang menyaksikan video tersebut telah memberi tanggapan yang negatif terhadap pekerja butik itu yang mana dinyatakan dalam komen-komen pada video tersebut. 

Selain itu terdapat beberapa buah blog juga mengulas kejadian itu dengan pandangan yang sama. Susulan daripada video dan komen-komen negatif berkenaan, kini majikan premis itu tampil membuat kenyataan menjelaskan situasi sebenar ketika kejadian itu berlaku agar pekerja mereka tidak disalahkan dalam hal ini. 


 Selain itu, tujuan video tersebut dimuatnaik juga adalah untuk memberi pengajaran kepada kedai-kedai lain dan supaya berhati-hati dengan wanita (pencuri) itu. Bagaimanapun premis perniagaan haruslah sentiasa berpenjaga walaupun bukan untuk jualan sekalipun untuk mengelakkan kes-kes kecurian seperti ini berlaku. - Siakapkeli.com.my

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted