USTAZAH ABBY ABADI BENGANG DITUDUH USTAZAH EKSPRESS


Teguran daripada Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim baru-baru ini berhubung kewujudan golongan 'ustaz' dan 'ustazah ekspres' khususnya didalam PAS mendapat respon daripada bekas pelakon Gerak Khas, Abby Abadi.

Abby dengan tegasnya berkata, Mashitah sepatutnya menegur dunia hiburan seperti rancangan televisyen yang melalaikan terlebih dahulu dan bukannya menegur mereka yang telah berhijrah. 

Mashitah harus lebih peka terhadap isu membabitkan gejala sosial remaja yang semakin membimbangkan, katanya ketika dihubungi oleh sebuah akhbar. "Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli."

"Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama," katanya kepada Harakahdaily. Jelasnya lagi, bagi menarik lebih ramai untuk hadir ke majlis-majlis ilmu khususnya golongan remaja, pelbagai kaedah perlu digunakan dalam berdakwah. "Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan." 

"Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui," katanya. Abby berkata demikian sebagai tindak balasnya kepada gesaan Mashitah yang berucap pada Persidangan Wanita Umno baru-baru ini berhubung isu berkenaan. 

Tambahnya, mengajak orang kepada Islam itu merupakan tanggungjawab setiap manusia yang mengucap dua kalimah syahadah dan ia tidak menjadi ancaman kepada mana-mana pihak. "Kalau kita tidak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu menghentikan usaha orang lain. 

"PAS mempunyai tanggungjawab dalam menjadikan setiap mereka yang bersama parti itu berurusan mesti mengikut kaedah Islam yang sebenarnya," katanya lagi. Abby Abadi dikatakan menyertai PAS adalah untuk mencari erti perjuangan sebenar dan berkongsi pengalaman hidupnya. - Azlin Hussain / UtaraNews.com

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted