Video Pekerja Taska Pukul Dada Bayi Kecil Kerana Enggan Makan Ubat


Seorang bekas pekerja sebuah taska telah bertindak menyebarkan sebuah video yang menunjukkan kezaliman seorang kakitangan taska berkenaan terhadap kanak-kanak yang dihantar ke taska itu. 

Menerusi video berkenaan, wanita berkenaan dilihat cuba memaksa kanak-kanak malang itu menelan ubat yang disuap menggunakan picagari. 

Berang dengan kanak-kanak terbabit yang enggan makan ubat yang dibekalkan oleh ibunya, wanita itu bertindak menutup hidungnya serta menyuap ubat secara paksa. Tindakannya kasarnya itu menyebabkan kanak-kanak terbabit menangis. Wanita itu sekali lagi cuba memaksa si kecil menghabiskan ubat tersebut tetapi ditolak oleh kanak-kanak terbabit. 

Geram dan hilang kesabaran menghadapi situasi itu, wanita berkenaan memukul dada kanak-kanak itu dengan kuat menyebabkan dia menangis sekali lagi. - katakcomel


0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted