Pilot penerbangan dari Chingqing ke Hong Kong, mengancam akan melakukan pendaratan cemas, selepas berlaku kekecohan antara seorang ibu dan dua wanita, kerana tidak tahan dengan tangisan bayinya.
Menurut Daily Mail, Khamis, 18 Disember, kekecohan yang berlaku di dalam pesawat syarikat penerbangan Air China itu berpunca daripada dua wanita yang terbangun akibat tangisan bayi, dan menegur ibunya yang bernama Chan Juan Sung.
Ketika keadaan bertambah panas, kedua wanita itu memundurkan sandaran kerusi secara penuh ke belakang, mengganggu penumpang di belakangnya. Pertengkaran terjadi, dengan salah seorang daripada wanita itu memukul kepala Chan.
Kru kabin kemudian datang, berusaha untuk melerai kekecohan. "Saya duduk betu-betul di sebelah mereka, ketika keduanya mula menyuruh ibu itu mendiamkan bayinyanya. Dia (Chan) kemudian berteriak balik pada mereka," kata penumpang bernama Xiong Wan.
Beberapa saat kemudian, sebut Wan, ketiga-tiganya sudah saling pukul-memukul. "Mereka berkelahi, dan bayinya terus menangis keras, dan penumpang lain berteriak. Ia seperti sebuah filem yang sangat pelik," ucap Wan. Pilot sempat mengancam akan mendarat kecemasan.
Namun begitu, penumpang lain akhirnya menarik nafas lega, kerana pesawat penerbangan mendarat tepat mengikut jadual, tanpa juruterbang benar-benar melaksanakan ancamannya. Tetapi polis Hong Kong telah menunggu di lapangan terbang, untuk menyoal para penumpang mengenai insiden tersebut.
"Penumpang tidak boleh berkelakuan seperti ini. Setiap penumpang perlu mematuhi undang-undang penerbangan, untuk memastikan penerbangan yang aman dan selesa bagi semua," kata jurucakap Air China, Daio Weimin.
Para penumpang China nampaknya sukar mengelakkan insiden di pesawat. Beberapa hari lalu, seorang lelaki di penerbangan domestik China, menimbulkan panik kerana dia membuka pintu kecemasan, dengan alasan untuk mendapat udara segar.
Sebelumnya, seorang lelaki China lain melakukan perkara sama. Dia membuka pintu kecemasan kerana ingin keluar lebih cepat, apabila pesawat milik syarikat penerbangan China Eastern mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanya Fenghaung, di Hainan.
sumber - vivanews
Post a Comment