Perempuan Arab Ditangkap Gara-gara Menyusup Masuk Ke Stadium Bola Sepak
ARAB SAUDI - Seorang peminat bola sepak wanita di Arab Saudi terpaksa berurusan dengan pihak berkuasa selepas menyusup masuk ke dalam stadium yang disediakan hanya untuk penonton laki-laki.
Walaupun hanya penonton lelaki yang dibenarkan menonton perlawanan di stadium, menurut laporan-laporan media, ada seorang perempuan yang berjaya masuk ke stadium Al-Jawhara di Jeddah, Jumat (12/12/2014) lalu.
Perempuan itu berajaya mengelabui petugas dengan menyamar sebagai laki-laki. Ia mengenakan pakaian laki-laki, topi besar dan selendang berwarna hitam dan putih, warna kelab lawan.
Namun penyamarannya terungkap setelah ia duduk sendiri di tempat duduk yang disediakan bagi penyokong kelab lawan, Al-Shabab dari Riyadh.
Pasukan kesayangannya menang 1-0 dalam perlawanan kumpulan profesional tersebut.
Polis kemudian datang dan berkata kes itu akan dibawa ke pihak berkuasa. Sejauh ini belum jelas apakah perempuan itu akan didakwa kerana melanggar peraturan menonton.
Arab Saudi juga melarang perempuan memandu dan mereka yang melanggar terancam ditangkap. Sejumlah perempuan memberanikan diri memandu, mengabaikan larangan, termasuk Lujain Al-Hathlool.
Ia mengabadikan pengalamannya memandu dari UAE ke Arab Saudi sebagai sebahagian daripada kempen menentang larangan itu. (BBC)
Post a Comment