Kisah ini sangat menyentuh hati terutama kepada kita yang dewasa. Seorang kanak-kanak bernama Tyler tidak dapat hadir ke sekolah kerana tidak sihat, setelah kembali sembuh dia dihantar semula ke kelas dengan disambut dengan cara yang cukup istimewa oleh rakan kelasnya.
Ketika Tyler berjalan untuk masuk ke kelas tersebut, kanak-kanak di dalam kelas menjerit “Tyler! Tyler!” dan salah seorang kanak-kanak perempuan berlari dan memeluk beliau.
Rakaman in diambil oleh Shawn Harris, ayah kepada Tyler, yang gembira melihat reaksi kanak-kanak tersebut dan menulis di dinding Facebook beliau “Rakaman ini membuktikan bahawa racism adalah perkara yang diajar, rakaman ini mungkin akan merubah cara kita berfikir tentang satu sama lain sebagai orang dewasa”
Post a Comment