Harga Petrol, Diesel Turun, Tarif Elektrik Akan Jadi Murah?



Harga petrol dan diesel diturunkan pada tahun baru kerana kejatuhan harga minyak dunia, tetapi itu tidak bermakna tarif elektrik akan turut turun kerana harga bahan api yang digunakan untuk menjana tenaga adalah berbeza, memberi penekanan kepada isu ketelusan alam cara Putrajaya menetapkan subsidi gas untuk pengeluaran tenaga.

Kebanyakan gas asli digunakan Tenaga Nasional Bhd dan pengeluar tenaga bebas (IPP) untuk menjana tenaga elektrik dijual kepada mereka di bawah harga pasaran. 

 Ahli politik dan pakar industri tenaga menjelaskan, walaupun pengguna menjangkakan harga tarif elektrik jatuh seperti RON95 dan diesel, sektor elektrik lebih rumit. 

Dan walaupun harga arang batu – bahan api utama lain yang digunakan dalam loji kuasa – mungkin menurun, ia mungkin juga tidak memberi sebarang perbezaan. 

Untuk mengetahui jika akan ada penurunan sebenar dalam kos pengeluaran elektrik, pakar tenaga S Piarapakaran berkata, rakyat Malaysia perlu menunggu hingga Julai untuk benar-benar melihat jika tarif juga turun. 

Bahan api sudah disubsidi Piarapakaran yang juga presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga (Awer) berkata, sektor penjanaan elektrik yang digunakan secara keseluruhannya ialah 1,300 mmscfd (juta standard kaki padu sehari) gas asli. Bagi 1,000 unit pertama daripada jumlah saluran gas asli yang dijual pada harga tetap RM15.20 mmBtu (Juta British Thermal Unit) daripada syarikat minyak negara Petronas. 

Sebanyak 300 unit selebihnya dijual sebagai Gas Asli Cecair (LNG) pada harga pasaran yang lebih mahal iaitu RM46 bagi setiap mmBtu. Jadi penurunan harga LNG tidak menjejaskan pengeluar tenaga, jika mereka hanya menggunakan gas berpaip yang mana harga sudah ditetapkan. 

Piarapakaran berkata, bagi setiap ringgit unit elektrik dibayar pengguna, 41 sen adalah kos bahan api seperti gas dan arang batu. Pecahan selebihnya melihat 28 sen caj kapasiti daripada TNB dan IPP, 21 sen untuk kos pengedaran, manakala kos penghantaran pada harga 9 sen. 

"Walaupun harga minyak jatuh, masih terdapat kos tetap seperti caj kapasiti, pengedaran dan penghantaran. "Oleh itu, jika harga LNG jatuh, kita tidak mungkin dapat melihat kesan dalam semakan semula tarif akan datang pada Julai. 

"Ini kerana harga gas berpaip yang ditetapkan pada RM 15.2 setiap mmBTU dikatakan 'harga subsidi’," katanya. 

 Memandangkan kos tetap, kos pengeluaran elektrik hanya boleh turun jauh lebih rendah jika kerajaan mengurangkan lagi harga gas berpaip kepada pengeluar tenaga, yang sudah sedia rendah. Ia menimbulkan persoalan mengenai ketelusan, kata Piarapakaran.

"Ia bergantung kepada bagaimana telus kerajaan menentukan harga gas berpaip. Inilah sebabnya mengapa Awer mendesak kerajaan untuk melaksanakan penetapan tarif tenaga elektrik yang telus," katanya. Tunggu sehingga Julai Walaupun kerajaan mengurangkan harga gas paip dan kos penjanaan kuasa, Piarapakaran berkata pengguna hanya akan menyaksikan tarif jatuh pada Julai tahun ini. 

Ini kerana semakan tarif dilakukan untuk setiap kitaran enam bulan – Januari hingga Jun dan Julai-Disember. Jika harga bahan api berubah, kos itu akan diluluskan di dalam kitaran kajian akan datang, katanya. 

"Mekanisme kajian enam bulan adalah untuk mengelakkan kejutan harga dalam pelarasan tarif. Kejutan mesti dielakkan dalam harga elektrik kerana ia akan memberi kesan kepada ekonomi kita memandangkan sektor pembuatan dan komersial menggunakan hampir 80% tenaga elektrik yang dijana. 

"Apabila kos tenaga naik, semua naik; harga petrol dan diesel dikurangkan sedikit bulan lalu, tetapi kita tidak melihat penurunan harga barangan dan perkhidmatan," katanya. Apabila tarif dinaikkan pada Januari 2014, ia dilakukan apabila harga arang batu berada pada harga AS$87.50 setiap tan. 

Apabila arang batu menurun kepada kira-kira AS$ 70 hingga AS$75 setiap tan pada pertengahan 2014, simpanan digunakan untuk mengekalkan harga elektrik pada tahap yang sama walaupun sepatutnya ada semakan tarif pada Julai 2014. Penjimatan harga arang batu lebih rendah juga menyeimbangkan kenaikan harga LNG kepada RM49 bagi setiap mmBtu, katanya. 

"Penurunan kepada antara AS$70-75 setiap tan dilihat dalam kedua-dua pelarasan tarif tertunda Julai 2014 dan Januari 2015," kata Piarapakaran. Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli bagaimanapun percaya pada dasarnya, tarif elektrik perlu turun memandangkan harga minyak mentah jatuh. 

"Jika harga minyak mentah jatuh, harga gas secara semulajadi juga perlu diturunkan. Tetapi dalam perihal elektrik, ia lebih rumit daripada itu," kata Rafizi, yang mempunyai pengalaman luas dalam sektor minyak dan gas. 

Rafizi mengakui walaupun harga gas asli turun, struktur kos TNB untuk menghasilkan elektrik tidak berubah dengan banyak kerana syarikat itu menggunakan gas berpaip yang lebih murah. Tetapi beliau percaya jika tarif dapat dikurangkan, kerajaan tidak perlu menunggu untuk kitaran enam bulan. 

"Kitaran enam bulan mengandaikan tarif akan naik setiap enam bulan. Tetapi memandangkan harga akan turun, apa-apa pengurangan perlu dilakukan dengan segera. "Jika tidak, seperti yang ditunjukkan pada harga petrol dan diesel, harga yang lebih tinggi hanya akan memberi manfaat kepada TNB dan IPP," katanya. – 2 Januari, 2015. 
-sumber : http://www.themalaysianinsider.com

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted