PEMANDU MAUT KERETA TERHUMBAN KE TEBING JALAN RUNTUH


Seorang pemandu kereta maut selepas kenderaan dipandunya terbabas lalu terhumban ke lokasi tebing runtuh di Jalan Tatau-Bintulu berhampiran Kampung Semanok, di sini pagi tadi.

Pemandunya yang sedang dikenal pasti identitinya mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, kereta mangsa dipercayai terhumban dari paras ketinggian lebih 5 meter dari tebing jalan yang runtuh berikutan hujan lebat.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohamad, ketika mengesahkan kejadian, berkata sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam keretanya.

"Mangsa yang sedang dikenal pasti identitinya itu mengalami kecederaan serius dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mangsa berdepan kesukaran kerana aliran air yang agak deras dari kawasan berhampiran yang turut melimpah ke permukaan jalan berikutan hujan lebat sejak tengah malam tadi.
Bernama

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted