Inilah Punca Kenapa Ketua Polis Balai Belaga Tembak Mati Isteri Ketiganya

Cemburu Isteri Ada Skandal, Punca Pegawai Polis Tembak Isteri

Susulan kes seorang anggota polis berpangkat Inspektor yang menembak mati isterinya di Kampung Kakai, Serian, Sarawak, pada jam 3.15 petang tadi telah ditahan oleh polis di pasar raya di Matang Jaya, Matang, Kuching, Sarawak malam ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Siti Nadirah Abdullah (Christie) berusia 33 tahun ditemui terbaring oleh seorang ahli keluarganya di dalam rumah.

inspektor-polis-sohfan-sofian-tembak-ist

Selepas menembak isterinya, suspek yang merupakan Ketua Polis Balai Belaga, Sarawak itu terus melarikan diri dengan kereta jenis Proton Saga bersama pistol yang digunakan untuk menembak isterinya itu.
Dalam rekod polis pula, mangsa tiada dalam rekod sebagai isteri suspek dan dalam siasatan polis, mangsa hanyalah disahkan sebagai teman wanita sahaja.
pegawai-polis-sohfian-sofian-ketua-polis
Siti-Nadirah-Abdullah-%2528Christie%2529
christie-el-kena-tembak-suami-polis-sofi
isteri-polis-curang-kena-tembak-mati-di-

Menurut sumber yang kami perolehi, mangsa adalah isteri ketiga dan punca pegawai polis menembak isterinya kerana cemburu isterinya yang mempunyai skandal dengan salah seorang ahli perniagaan berbangsa Cina.

Suspek berusia lewat 30-an itu ditahan kira-kira 9.35 malam oleh sepasukan polis yang menjalankan operasi memburunya.


Sumber berkata, polis turut merampas pistol bersama peluru yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

“Suspek di bawa ke Ibu Pejabat Polis Serian untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor mengesahkan penahanan suspek untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang hari ini, isterinya yang dikenali sebagai Siti Nadirah Abdullah, 33, mati ditembak suspek di rumah keluarga wanita itu di Kampung Kakai, Serian.

Suspek kemudian melarikan diri menggunakan kereta Proton Saga sejurus kejadian bersama pistol yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted