Hina Tunku Azizah, Polis Cari Pemilik FB ‘Kagawa Onieshia’


Kuantan: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung tindakan seorang pengguna laman sosial Facebook yang menulis komen menggunakan perkataan kesat dan lucah terhadap Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bagi memecahbelahkan keamanan.

"Kita minta individu terbabit tampil untuk membantu siasatan," katanya di sini, sebentar tadi.

Semalam, tujuh badan bukan kerajaan (NGO) termasuk wakil Istana Abdul Aziz membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna Facebook yang menulis komen menggunakan perkataan kesat dan lucah terhadap Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

NGO itu adalah Badan Kebajikan Kerabat-kerabat Negeri Pahang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GMPS), Persatuan Seni Silat Kuntau Tek Pi Malaysia Cawangan Pahang, Majlis Belia Daerah Kuantan, Persatuan Jurufoto Negeri Pahang dan Kelab Bell Belia Tamil Negeri Pahang.



Laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan itu dibuat terhadap individu yang menggunakan nama akaun Facebook Kagawa Onieshia kerana didakwa menjatuhkan nama baik, imej dan maruah Tunku Azizah serta Institusi Diraja Pahang.

Kagawa Onieshia menulis komen itu sebagai respon kepada nasihat yang dikatakan dikeluarkan Tunku Azizah terhadap tindakan biadab segelintir penyokong bola sepak memaparkan kain rentang gergasi dengan imej anjing memakai baju berlogo Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Johor, Sabtu lalu. - myMetro online

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted