ALHAMDULILLAH! Baby Erin Didera Ibu Meroyan Kini Sihat Dan Ceria Bersama Keluarga Angkat

MANA mungkin rakyat Malaysia boleh melupakan dua rakaman video penderaan bayi yang menjadi viral baru-baru ini.

Bagaimanapun, ramai menarik nafas lega apabila mengetahui nasib bayi malang yang dikenali sebagai Baby Erin ini telah terbela di bawah jagaan keluarga angkat yang juga merupakan bapa saudara dan neneknya.
Seorang netizen, Mia Izzaraziela Shahuri berkesempatan memuat naik gambar terbaharu bayi berkenaan yang kelihatan ceria dan bahagia di samping keluarga angkatnya.
Bagaimanapun, muka bayi tidak kami paparkan kerana tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak.
Menerusi laporan pemeriksaan kesihatan, Baby Erin disahkan semakin sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Dalam pada itu, suspek berusia 17 tahun yang merupakan ibu bayi berkenaan telah diberi kaunseling di Pusat Penjagaan Mangsa (VCO) di Perak dan kertas siasatan kes telah dirujuk kepada pihak pendakwa raya.
Sebelum ini, suspek telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia apabila merakam dua video aksinya bertindak ganas terhadap bayi malang berkenaan, berpunca daripada tekanan akibat masalah rumahtangga.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE


0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted