ISU SAIFUL NANG: BILA RAMAI YANG JAHIL DAN CEPAT MENGHUKUM


Menceritakan keburukan dan kemungkaran pemerintah Makkah adalah kewajiban umat Islam dan tidak dikira mengaibkan.

Apabila para pengguna media sosial mengecam hebat tindakan seorang jurugambar yang dikenali sebagai Saiful Nang ekoran kenyataannya terdapat banyak rumah pelacuran di tanah suci Makkah.
Majoriti penguna Facebook menyelar dan mengecam kenyataan Saiful itu sambil menyifatkan ia sebagai biadap dan kurang ajar kerana boleh mencemarkan kesucian agama Islam sekaligus memberikan tanggapan yang buruk terhadap penganut Muslim.
Ekoran kecaman yang diterima Saiful kemudiannya memadamkan status tersebut sambil menyifatkan tindakan itu bagi menghormati perasaan dan keharmonian pembaca tentang pendedahan sisi gelap Haramain yang dilakukannya.

Inilah akhlak dan wajah sebenar pengguna media social rakyat Malaysia. Mereka terlalu cepat menghukum tanpa menilai sesuatu perkara dengan ilmu.

Mereka tidak faham apa yang SN maksudkan, Ini adalah berkaitan dengan pemerintah Arab Saudi yang terlalu korupsi. Memang wujud rumah pelacuran di tanah suci.
Ini bukan isu jika kita pergi Mekah mencari pelacur akan jumpa pelacur dan jika pergi untuk mencari kebaikkan akan jumpa kebaikkan. Tapi ini adalah apabila rumah pelacuran terlalu banyak di tanah suci menyebabkan Allah swt menzahirkan kepada sesetengah manusia supaya mengambil tindakan sewajarnya.

Kita umat islam terlalu sayangkan haramain, dan tidak mahu ia dicemari oleh tangan-tangan jahat yang kini sedang menguasai kedua tanah suci. Janganlah kita sampai terlalu menyanjungi Arab Saudi.

Perlu kita tahu sejarah sebenar, Arab saudi bawah Yahudi dan USA. al-Saud itu adalah sepupu yahudi. Mereka sama-sama memerangi islam dari dalam. Sebab itu di Mekah ramai wahhabi.. Allah swt telah zohirkan siapa Arab Saudi sebenarnya.

Seperti tulisan PU Fidz, Memang benar Saudi telah banyak memberi kebaikkan kepada rakyatnya seperti pendidikan percuma untuk pelajar-pelajarnya

Namun tidak bermakna kekurangan kerajaan ini tidak boleh dikritik apatah lagi melibatkan “Maslahat Ummat Islam” dan perlu diingat kritikan itu bukan membuka “AIB”.
Saudi selaku “Khadam Haramain” seharusnya terbuka dalam kritikan “Penambahbaikkan” yang dilontarkan secara Ikhlas. Para asatizah yang membela saudi dengan memberi Hujah ganguan “Syiah” semata-semata saya kira seolah-olah ingin mengalihkan Isu.

Kritikan yang SN maksudkan adalah dalam kerangka Polisi dan Tatakelola. Tidak melibatkan langsung hal membuka keaiban kota suci Makkah. Sesiapa yang pernah berurusan dengan ARAB tahu apa itu (POLISI DAN TATAKELOLA) Versi Arab. Ini yang perlu ditambah baikkan.
Kritikan dalam pentadbiran itu biasa dalam Siasah Islam (Sunni). Dan ciri inilah yang menjadi pembeza UTAMA dengan SIASAH SYIAH bukan? Siasah Syiah. Naib Imam Syiah tidak boleh dikritik bahkan Ma’sum.

Seorang guru agama yang sangat alim di Mekah suatu masa dahulu iaitu Syeikh Muhammad Ali Bin Husain Al-makki Al-maliki (ulama daripada Magribi) pernah memberi nasihat serta membuka aib pelajar-pelajar Mekah dengan mengarang sebuah risalah yang bernama ‘Ma’surah fi tajannubi la’bil kurah’, bermaksud ‘Perbuatan yang baik pada menjauhkan diri daripada bermain bolasepak’. Risalah ini menyatakan hukum permainan bola sepak serta memberi ancaman terhadap pelajar-pelajar Mekah yang terlalu asyik bermain dengannya sehinggakan mengabaikan tuntunan agama dan menyebabkan terpesong niat asal mereka dalam mendalami ilmu agama.

Risalah itu berbunyi:
اعلم نور الله بصيرتي وبصيرتك أنه لما افتتن في هذا العصر شبان الجاويين المجاورين بمكة المكرمة لتجويد القرآن الكريم وطلب العلوم الشرعية وآلاتها بالجري على عادة الكفار في لعب الكرة بعد عصر كل يوم بمحلة جرول ترتب علي ذلك مضار عظيمة منها حصول المضرة بأعضائهم ووقوع الشحناء في القلوب بينهم ومنها تركهم لصلاة المغرب والعشاء او تأخيرهما عن وقتهما المختار بلا عذر شرعي ومنها اشتغال أذهانهم وقلوبهم بذلك عما جاوروا لأجله وتركوا أهلهم وبلادهم في سبيله من تجويد القرآن وطلب العلوم الذي هو اما فرض عين واما فرض كفاية
……..
Bermaksud: “Ketahuilah semoga Allah menerangi hatiku dan hati engkau, sesungguhnya takala terkena fitnah pada masa ini, pemuda bangsa Jawi yg melazimi dan menetap di Mekah Mukarramah bagi mempelajari tajwid Quranul Karim dan menuntut ilmu syariat serta ilmu yang menjadi wasilah kepada memahami ilmu syariat, dengan melakukan adat kebiasaan golongan kuffar pada bermain bola sepak selepas daripada Asar, setiap hari di tempat bernama ‘Jarwal’, nescaya terbit dari perbuatan bermain bola sepak tersebut, beberapa kemudharatan yg sangat besar, di antaranya:-
Terjadi kemudharatan pada anggota tubuh badan mereka dan tercetus dalam hati mereka kebencian, perbalahan @ pergaduhan sesama mereka.

Mereka meninggalkan solat margrib dan isyak @ melenggah-lengahkan solat tersebut daripada waktu yang terpilih tanpa keuzuran syara’.

Menganggu fikiran dan hati mereka dengan sebab permainan itu, daripada perkara yang mereka melazimi kerananya serta sebab yang mereka tinggalkan keluarga dan Negara mereka iaitu bertujuan belajar tajwid Quran dan menuntut ilmu-ilmu yang mana samada ianya fardu ain ataupun fardu kifayah…………………”

Tidakkah perbuatan Ulama’ ini juga seperti perbuatan SN dalam status beliau yang tersebar secara umum melalui facebook? Adakah seorang guru yang tersohor, lagi bersangatan alim tentang ilmu fiqh tidak faham syariat Allah & Rasul? Hingga membuat perkara yang terlarang dan dimurkai Allah Taala dengan membuka aib keperibadian pelajar Mekah di masa itu dengan menguar-uarkan dalam risalah beliau yang disebarkan secara umum? Ataupun mereka yang mentomahkan dan mempertikai kenyataan SN itu, tidak memahami betul-betul saranan agama supaya mengambil tugas dalam menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran? sepertimana yang disarankan oleh Ulama ini di dalam risalahnya tersebut.

Tiada menjadi satu kesalahan dan tidak dinamakan mengumpat yang dilarang apabila seseorang membidas @ membuka aib seseorang individu atau satu golongan tertentu, jika ada tujuan yg diizinkan oleh syara’. Antaranya seperti membukakan aib itu bertujuan supaya orang ramai tidak terikut-ikut atau sebagai NASIHAT untuk dijadikannya sebagai sempadan. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam kitab ‘Azzkar’ beliau bab menjaga lisan, jilid 6 m/s 394:

فان أراد بيان غلطه لئلا يقلد أو بيان ضعفه في العلم لئلا يغتر به ويقبل قوله فهذا ليس غيبة بل نصيحة واجبة يثاب عليها اذا اراد ذلك ….
Maksudnya: “ Maka jika seseorang itu menghendaki menerangkan kesalahan seseorang individu supaya tidak diikuti pendapatnya atau hendak menerangkan tentang kelemahan ilmunya supaya orang lain tidak terpedaya dan menerima perkataannya itu, maka ini tidak termasuk dalam kategori mengumpat (dangan membuka aib), bahkan ianya NASIHAT YANG WAJIB, lagi diberikan pahala jika dia menghendaki tujuan sedemikian.…”

Hendaklah kita mengambil perhatian serius dalam menegakkan amar maaruf dan nahi mungkar dikala kebanyakkan orang ramai di zaman ini mengabaikannya walhal ianya merupakan kewajipan yang terpenting, lagi dituntut ke atas kita semua. Inilah salah satu sifat mereka yang mewarisi di antara sifat-sifat yang mulia Penghulu Agung kita, Saidina Muhammad saw. Firman Allah, yang bermaksud:

“(Mereka yang bertaqwa itu adalah mereka) yang mengikuti Rasul- Nabi yang ummi (tiada pandai membaca & menulis iaitu Nabi Muhammad saw. ) yang mana mereka dapati tertulis di sisi mereka tentang sifatnya dalam kitab Taurat dan Injil: iaitu (sifatnya itu ialah) menyuruh mereka mengerjakan perkara kebaikan dan mencegah mereka dari mengerjakan perkara mungkar.”(Al-A’raf:157)

-suarainsan
Wallahuaa’lam…………
Note: Penulis merupakan seorang bekas pelajar yang pernah menetap di Makkah selama tiga tahun.

2/Post a Comment/Comments

  1. ye saya setuju..ni bukan isu jika kita pergi Mekah mencari pelacur akan jumpa pelacur dan jika pergi untuk mencari kebaikkan akan jumpa kebaikkan.

    ReplyDelete
  2. Fuh.. nasihat terbuka Sheikh tu utk pelajar jawi, tu merujuk pada pelajar dari nusantara @ tanah Melayu zaman dulu.

    ReplyDelete

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted