'Kalau Nak Tangkap Saya...Tangkaplah!!' - Tun M


KUALA LUMPUR - Ketibaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya disambut oleh sekumpulan penyokongnya yang berbaju merah tertera 'Undur Najib' yang terdiri dari ahli PERKASA.

Hadir di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, mereka turut membawa sepanduk "Tun, You Are Not Alone" dan "Welcome Tun M" pada jam 10 pagi tadi.


Turut hadir bersama ialah Umi Hafilda dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Tun Dr Mahathir tiba pada jam 11.13 pagi selepas mengadakan lawatan ke beberapa negara.

Ketika ditanya oleh wartawan mengenai tindakan polis yang mahu memanggilnya ke balai untuk memberikan keterangan berikutan kehadiran ke perhimpunan Bersih 4, ini jawapan beliau:

"Saya tiada masalah nak memberikan keterangan. Kalau nak tangkap saya, tangkaplah," katanya sebelum meninggalkan penyokongnya. - THEHYPEMEDIA.COM

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted