Datuk Siti Nurhaliza Digesa Minta Maaf Kes Tabung Haji..

image

TINDAKAN penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza dipercayai terpengaruh dan mempercayai fitnah dari pihak pembangkang khususnya Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akhirnya ‘memakan diri’ sendiri.
Siti Nurhaliza dipercayai telah menegur institusi berlandaskan Islam iaitu Tabung Haji (TH) mengenai kununnya telah membail out syarikat milikan kerajaan, 1MDB melalui TRX.
Dipercayai sekitar awal Mei 2015 lalu, Siti Nurhaliza melalui akaun Twitter miliknya telah menimbulkan rasa syak wasangka para netizen dan pendeposit terhadap pengurusan TH.
“Sangat memalukan dengan apa yg terjadi dgn kes Tabung Haji..Ya Allah Lindungi kami ..” twit yang dipercayai dari Siti Nurhaliza melalui akaun Twitternya @CTNurhaliza11 .
Hal ini (melalui kenyataan Rafizi) telah menyebabkan ramai pendeposit khususnya dari penyokong pembangkang bertindak menutup akaun dan mengeluarkan keseluruhan wang yang mereka ada dalam TH, serta menolak giliran untuk mengerjakan ibadah haji yang hampir tiba.
Kenyataan Siti Nurhaliza berkenaan adalah dipercayai dipengaruhi oleh serangan awal yang dilakukan oleh Rafizi kununnya TH akan mengalami muflis dan wang simpanan pendeposit digunakan untuk bail out syarikat 1MDB.
Namun, semua pertuduhan Rafizi berkenaan ternyata salah apabila 1MDB telah memberi jawapan dalam siri-siri penerangannya yang berfakta.
Rafizi terus ‘dibogelkan’ lagi apabila TH mengumumkan bayaran dividen dan bonus baru-baru ini masing-masing sebanyak 5 dan 3 peratus.
Kini, sebagai ‘menyucikan dosa-dosa’ dan membuktikan Siti Nurhaliza tidak bersalah atas sikap dan tindakannya cuba membuatkan netizen berasa was-was dengan TH, digesa penyanyi tersohor berkenaan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka.

Siti Nurhaliza tidak wajar hanya berdiam diri begitu sahaja kerana disamping mampu menjatuhkan kredibiliti dirinya, ia juga boleh membuatkan persepsi netizen kepada TH terus dilihat tidak baik. – Tv14

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted