Syabas!! Pencuri Pecah Rumah Zaquan Adha Berjaya Ditangkap Polis


Syabass!!! Polis berjaya memberkas tiga orang warga tempatan yang berusia 23,29 dan 37 tahun  di rumah sewa mereka di Horizon Hills dekat Iskandar Puteri kira-kira jam 1.45 pagi yang dipercayai suspek dalam kejadian pecah rumah Zaquan Adha dan Ayu Raudhah.

Zaquan adalah pemain bola sepak pasukan JDT II,


A photo posted by ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on

Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Ketua Polis Johor, berkata tangkapan itu adalah hasil risikan dan siasatan polis.

"Ketika tangkapan dilakukan, kita turut menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah seperti alat pemotong besi, pemutar skru, kuku kambing dan spanar.

"Kita turut menemui pelbagai jenis jam serta beg tangan pelbagai jenama, barang kemas dan kamera yang dipercayai antaranya milik Mohd Zaquan Adha," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Dua kenderaan iaitu Hyundai Tucson dan Peugeot turut dirampas dan menurut beliau, ketiga-tiga suspek itu ditahan reman bagi membantu siasatan. - Siakapkeli.my


0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted