"Sekiranya anda tidak senang hati dengan adanya Johor Darul Ta'zim di dalam Malaysia, Anda boleh beramai-ramai berjumpa dengan YAB Perdana Menteri di Putrajaya untuk mengusulkan satu deklarasi kepada beliau untuk mengeluarkan Negeri Johor dari Malaysia."
JANGAN SALAHKAN NEGERI JOHOR KERANA SIFAT CEMBURU ANDA
- Jangan salahkan Negeri Johor oleh kerana kami telah wujud semenjak 1885 sebelum anda dibentuk pada 1957.
- Jangan salahkan Negeri Johor dan mengapa kami bangga menjadi bangsa Johor kerana negeri kami telah dibina bukan atas dasar perkauman ianya dibina kerana kami bersatu sebagai bangsa Johor sejak dahulu.
- Jangan salahkan Negeri Johor mengapa kami bangga dengan pemimpin kami yang senantiasa bersama kami pada saat susah dan senang... suka dan duka...
- Jangan salahkan Negeri Johor jikalau kami tidak suka kepada orang yang korup... kerana kami tidak pernah dididik utk menjadi sekeji itu...
- Jangan salahkan Negeri Johor dan menuduh kami menyangka DYAM Tunku Mahkota Johor kami maksum kerana kami berdiri disini melihat bagaimana dia senantiasa berada untuk kami...
- Jangan salahkan Negeri Johor dan cemburukan hubungan kami dengan pemimpin kami kerana... Dia sahaja yang terus menerus berani menjamin kesejahteraan kewujudan kami...
- Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tiada bersama anda... kerana bezanya pemimpin kami dilahirkan untuk berkhidmat kepada rakyatnya.
- Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tidak bersama-sama dengan anda disaat negara menghadapi kecelaruan integriti dan krisis kepercayaan kerana kami di sini mempunyai pemimpin yang senantiasa memperjuangkan hak kami dan senantiasa berlaku jujur pada kami.
- Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tidak berada di dalam negeri sendiri untuk anda mengadu nasib pada saat-saat diperlukan...
'Senyum Selalu'
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
@officialjohor
Post a Comment