YBhg. Pengarah Pendidikan Selangor.
Tuan,
SJKT LADANG BTG KALI ;
GURU DIDAKWA MENCABUL KEHORMATAN MURID TAHUN 5
Nama sekolah:
SJKT Ladang Btg Kali
Nama Guru Terlibat :
En. Kamarulzaman Bin Rahim
Kelas :
Tahun 5 Malligai
Tarikh kejadian:
11 Mei 2016 (Rabu)
Masa:
Waktu PdP Bahasa Melayu
Tempat Kejadian :
Kelas 5 Malligai
Pihak Yang Terlibat:
En. Kamarulzaman Bin Rahim
[ Guru BM Tahun 5 Malligai ]
Keterangan Kes:
Berdasarkan Siasatan Pen. PPD Siasatan Aduan, PPD Hulu Selangor, Kaunselor Organisasi PPDHS dan Kaunselor Murid PPD Hulu Selangor:
1. Kejadian melibatkan 9 orang murid perempuan berbangsa India Tahun 5 Malligai.
2. Menurut keterangan 9 orang murid yang dipanggil satu per satu semasa sesi siasatan dijalankan, En. Kamarulzaman bin Rahim telah melakukan perkara berikut ke atas mereka iaitu
*Mencium/Cubaan mencium/Cubaan memeluk/Menyentuh bhgn. dada dan belakang tubuh murid/menepuk punggung murid samada dengan tangan atau buku yang digulung.*
Tindakan yg telah / akan dilaksanakan :
1. Guru Besar SJKT Ladang Btg Kali telah melaporkan kejadian kepada Pen. PPD Siasatan Aduan pada 15 Mei 2016, jam 7.30 malam.
2. Guru Besar telah membuat siasatan peringkat sekolah terlebih dahulu bersama Penolong Kanan dan Guru Disiplin sekolah pada 13 Mei 2016 dan telah menyediakan laporan bertulis.
3. Pen. PPD Siasatan Aduan, Kaunselor Organisasi PPDHS dan Kaunselor Murid PPDHS telah hadir ke SJKT Ladang Btg Kali pada pagi 16 Mei 2016 jam 8.00 pagi untuk tujuan Siasatan Kes.
4. 18 Mei 2016, En. Kamarulzaman Bin Rahim ditempatkan di PPDHS atas status *Penempatan Sementara dengan Arahan Pentadbiran* bagi tujuan menjaga keselamatannya daripada ancaman ibubapa yang marah dengan kejadian tersebut.
5. 19 Mei 2016, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Hulu Selangor telah memanggil En. Kamarulzaman Bin Rahim bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas kejadian yang berlaku.
6. Laporan kes akan diserahkan oleh Tuan PPD Hulu Selangor kepada Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor untuk tindakan lanjut.
Sumber:
1. Pn. Manjulah, Guru Besar SJKT Ladang Btg Kali.
2. Pen. PPD Siasatan Aduan, PPD Hulu Selangor.
Status kes : Berasas
Disediakan oleh,
Jasni Bin Mohd Sodek,
Pen. PPD Siasatan Aduan,
PPD Hulu Selangor.
Disemak dan disahkan oleh,
En. Zainal Abidin bin Mohd Yusof,
Pegawai Pendidikan Daerah,
PPD Hulu Selangor.
Sekian laporan awal kes Tuan.
Terima kasih.
';
(function() {
var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true;
dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js';
(document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq);
})();
Post a Comment