Inilah Satu contoh Suami Paling Pemaaf Dalam dunia | Mungkin beliau adalah seroang suami yang paling pemaaf dalam dunia.

Kisah menarik ini berlaku pada jam 8 malam Isnin lalu berhampiran kawasan perindustrian Quanxhi , China .

Rahsia isterinya yang bernama Ah Yin mempunyai hubungan panas dengan 12 orang lelaki  akhirnya terbongkar.

Perkara ini terkantoi apabila suaminya menggunakan telefon bimbit isterinya dan secara tidak sengaja membuka rakaman video yang dimuat naik ketika isterinya berada di bilik mandi untuk memandikan anak perempuannya yang berusia empat tahun dan suaminya berehat  di ruang tamu menonton televisyen.

Kegiatan curang isterinya itu  terbongkar apabila suaminya terdengar bunyi nada deringan sms daripada telefon bimbitnya yang diletakkan di tepi kerusi yang diduduki suaminya itu.

Tanpa mengesyaki apa-apa, suaminya yang cuba membaca pesanan tersebut begitu terkejut apabila mendapati adanya sebuah rakaman video mengenai adegan cumbuan antara seorang lelaki dengan seorang wanita dengan selama15 minit.

Tetapi apa yang lebih mengejutkannya ialah wanita itu ialah isterinya sendiri. Setelah meneliti dengan lebih banyak pesanan yang ada dalam telefon bimbit itu, suami akhirnya mendapati isterinya bukan sahaja mempunyai hubungan sulit dengan lelaki itu sahaja, malahan dengan 11 lelaki yang berlainan.

Sebagai seorang suami tentulah dia tidak dapat lagi mengawal perasaannya setelah rahsia curang isterinya itu terbongkar. 

Tanpa berfikir panjang, lelaki yang dikenali sebagai Ah Wen mengambil sebilah pisau di dapur dan cuba untuk menikam dan membunuh Ah Yin yang ketika itu sedang memandikan anaknya di bilik mandi.

Melihat perasaan suami yang begitu marah seperti orang yang sudah hilang pertimbangan, Ah Yin segera lari dari rumah dan segera membuat laporan di balai polis yang berdekatan.

Pasangan suami isteri itu kemudian bertemu semula di balai polis. Setelah dua jam berbincang, mereka akhirnya mencapai persetujuan. Mereka tidak ingin bercerai semata-mata memikirkan masa depan anak perempuan yang masih kecil.

Dengan menurunkan tanda tangan surat penyesalan, Ah Yin mohon maaf dan berjanji tidak akan melakukan perbuatan itu lagi.

Demi menyelamatkan rumah tangga yang dibina mereka sejak lima tahun lalu, Ah Wen sedia memberikan peluang kepada isterinya dan mahu isterinya segera memutuskan hubungan dengan 12 lelaki itu.

sumber : sinarharian